Thursday, November 19, 2009

PROGRAM CUTI SEKOLAH..

ASSALAMUALAIKUM..
Perhatian buat semua Pengunjung Blog Akademi Ar Rasyidin...
Bersempena Cuti Sekolah ini, Akedemi Ar-Rasyidin akan menganjurkan beberapa program ilmiah khas untuk pelajar-pelajar sekolah yang akan bercuti tidak lama lagi. Program ini juga diadakan sebagai mengisi kekosongan masa, pada musim cuti nanti. Insyaalllah.


Antara program-program berikut adalah:

1.Program Kelas Al-Quran( Sempena Cuti )
2.Program Kelas Al-Quran( Pengajian Berterusan )
3.Kelas Fardu Ain ( Sempena cuti )

Diharap kepada semua ibubapa dapat mengambil peluang ini bagi memastikan anak-anak mereka mendapat pengisian yang bermanfaat pada musim sekolah..

Hubungi Segera :
- Farid : 0199245739
- Nasrul : 0139739868

Sunday, October 4, 2009

Program Selesai!!

Kem Kepimpinan Perdana Pelajar Kamsis Siri-1, 2009.
Tempat : Amansari Beach Resort, Pantai Sepat, Kuantan.
Tarikh : 2, 3 dan 4 Okt 2009

Penganjur : Jawatankuasa Felo-Felo Kamsis.
Pengelola : Akademi Ar Rasyidin Ent.

Alhamdulillah.. Atas izin dan kehendak Allah s.w.t, Akademi Ar Rasyidin sekali lagi telah di beri kepercayaan untuk mengendalikan Kem Kepimpinan siri-1 anjuran Jawatankuasa Felo-Felo Kamsis Polisas. Pertamanya jutaan terima kasih kami rakamkan kepada pihak penganjur dan jutaan ucapan tahniah kepada semua barisan peserta yang terpilih serta terlibat secara langsung dalam kem kepimpinan perdana siri-1 ini.

Peserta siswi bergambar kenangan bersama barisan felo-felo dan fasilitator selepas majlis penutupan program.

Peserta program ini adalah terdiri daripada semua Ahli Majlis Tertinggi Kamsis dan jumlah semua peserta yang menyertai adalah seramai 58 orang pelajar. Aktiviti yang dijalankan pula merangkumi 70% aktiviti luar dan 30% aktiviti dalaman.

Fasilitator sedang memberi taklimat untuk modul Latihan Dalam Kumpulan (LDK).

Barisan-barisan fasi yang terlibat dalam menjayakan program.

Akhirnya, kami selaku pihak pengelola dengan rendah dirinya memohon beribu kemaafan kepada semua barisan peserta atas kelemahan, kedaifan dan kekurangan yang terdapat disepanjang perjalanan program ini. Semoga para peserta dapat mengambil manfaat serta mengaplikasikan segala yang baik hasil dari modul-modul yang berguna untuk memimpin siswa & siswi di kamsis Polisas. Selamat Maju jaya di ucapkan pada semua!!

"Bersiap Menuju Kemenangan"

Monday, September 14, 2009

Amal Kerana Allah.

Bismillahirrahmanirrahim..
Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam.. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat, para alim ulamak dan seluruh aktivis-aktivis Islam di seluruh dunia.

Kelmarin 13 Sept 2009 (bersamaan 23 Ramadan) Unit Amal Kaw Indera Mahkota telah berjaya melangsungkan Aktiviti Bulanan (bersempena ramadan) dengan jayanya melibatkan 30 anggota Unit Amal dengan tujuan "beramal" kepada masyarakat setempat.

Aktiviti kami bermula dari awal pagi lagi sekitar jam 9.00 dengan acara menyiapkan bubur lambuk untuk diagihkan kepada masyarakat sekitar Beserah dan Balok pada sebelah petangnya.

Selepas waktu zuhur, kami kemudian berangkat ke beberapa buah taman sekitar Balok Permai untuk menyampaikan sumbangan kepada beberapa keluarga yang daif serta ibu-ibu tunggal yang dikenalpasti tinggal di kawasan berkenaan.

sumbangan telah disampaikan oleh Pengarah Amal Kaw IM kepada keluarga yang terlibat.

Selesai saja solat terawih.. Ceramah Ramadan pula diadakan bertempat di Pentas Utama PUTRA yang mana menampilkan tokoh-tokoh Pemuda iaitu Al-Fadhil Ustaz Nasarudin Tantawi, Ustaz Azman Syafawi Dan Ustaz Suhaimi Saad. Majlis mendapat sambutan yang cukup mengalakkan dan kemantapan para penceramah mendapat pujian daripada hadirin yang hadir.. (setelah sekian lama.. Akhirnya.. Ustaz Din kembali tampil ke Pentas PUTRA)

Bergambar kenangan bersama Al-fadhil Ustaz Azman Syafawi.

Malamnya lepas habis ceramah (sekitar jam12), Tenaga dan khidmat kami diteruskan dengan Justify Fullmembantu Ustaz Nasarudin Tantawi mengangkat barang (almari, kerusi, meja, peti dll) dari rumah lama (Balok) untuk pindah rumah baru di Taman Bukit Pelindung. Walaupun orang lain tengah syok tidur... Kami anggota Amal masih riuh rendah mengangkat perabot-perabot untuk dipindahkan..

walaupun mengantuk.. tapi semua menjadi ceria semula bila bergambar.. hehe

Harta-harta 'ghanimah' yang berjaya dikumpulkan oleh petugas Amal.. Siap untuk Dibahagikan!! haha..

dari kiri (berdiri) : din, amar, apis (mesra disisi amar), joe, dan sham.
dari kiri (duduk) : ijan, aris, yen, Sheikh Azlan, Ustaz din dan penulis.


Alhamdulillah.... aktiviti kami selesai jam 3.00 pagi... masing-masing pulang dengan rasa penat+ngantuk tapi Puas... Sebab dihidangkan sahur oleh ustaz din sekeluarga.. Jazakallah.

"wahai orang-orang beriman, bertaqwalah pada Allah dan carilah wasilah (jalan) untuk mendekatkan diri kepadanya.. dan berjihadlah (berjuanglah) dijalannya, agar kamu beruntung"
(Al-Ma'idah: 35)

"Hidup Indah, Jika Segalanya Untuk Islam"

Allahuakhbar!!

Saturday, September 12, 2009

Misi Memburu Lailatul Qadar.

Alhamdulillah.. Rafat setinggi-tinggi syukur dan terima kasih pada Allah.. Aku masih diberi kekuatan, ditiupkan roh untuk hidup dan menulis seterusnya yang paling penting dapat menikmati keberkatan beribadat secara amal jama'e dalam meniti malam-malam akhir Ramadan..

Ramadan kini berada dikemuncak.. Yang disebut oleh nabi sebagai fasa It'qun Minan'nnar iaitu (pelepasan dari api neraka).. Jika kita meneliti kitab-kitab sirah (perjalanan hidup nabi s.a.w), tentu sekali kita dapat melihat bagaimana bersungguhnya nabi pada malam-malam akhir ramadan ini beriqtikaf serta berqiamulail bersama-sama para sahabat pada 2/3 waktu malam terakhir. Ada juga yang menyebut nabi s.aw pada penghujung ramadan "ikat kain" dengan maksud tidak mengauli isterinya kerana bimbang sekiranya tidak tersedar untuk qiam di malam hari...

Sepertimana yang kita semua maklum, ramadan ini bulan special untuk umat Islam khususnya.. Kerana padanya terdapat satu malam yang disebut sebagai "lailatul Qadar"..

"Sesungguhnya kami telah menurunkan (Al-Quran) pada malam qadar, Dan tahukah kamu apakah malam kemulian itu?, malam kemulian itu lebih baik dari seribu bulan, pada malam itu turun para malaikat dengan ruh (jibril) dengan izin tuhannya untuk mengatur semua urusan, sejahteralah malam itu sampai terbit fajar"
(Al-Qaqr : ayat 1 - 5)

Memburu lailatul Qadar


Bermula saat-saat 10 malam terakhir lepas, aku menerima sms daripada sahabat-sahabat untuk jemputan qiam bersama-sama di masjid seterusnya mengisi slot kuliah subuh pada setiap pagi akhir ramadan. Insyaallah jawabku dengan harapan dapat membina kekuatan berjamaah dan memperkukuhkan ukhwah dikalangan sahabat-sahabat disamping menjadikan saat-saat ini sebagai medan tarbiah yang paling besar ganjarannya.

Bermacam-macam ragam dan peragai yang dapat aku lihat terutamanya pada malam-malam ganjil yang berlalu.. Ada yang berkata "Alhamdulillah, malam ni malam qadr.. cuaca sekitar pun sejuk dan lain macam je".. ada plak yang menyampuk "eh.. belum lagi laa.. sebab ana rasa macam biasa jea".. Masing-masing bercakap diatas pengalaman lepas dan bersandarkan pada cerita orang-orang disekeliling.. Semua itu tidak mustahil, kerana Al-Qadr ini merupakan rahsia Allah.. Tiada suatu pun makhluk yang dapat menentukan kejadiannya melainkan dengan izin Allah. Apa pun, kita perlu untuk memburunya!!

Dalam keseronokan menikmati keberkatan berqiamullail bersama sahabat-sahabat disini.. Timbul persoalan di pemikiranku tentang keadaan sahabat-sahabat yang lain..
- adakah mereka juga sedang berqiam??
- adakah mereka juga memburu Al-Qadr??
- adakah mereka juga sedang memanfaatkan malam-malam akhir ramadan??

atau....
- adakah mereka masih berselimut??
- adakah mereka masih leka dengan maksiat sehingga lupa pada Al-Qadr??
- adakah mereka langsung tidak tahu apa-apa tentang Al-Qadr??

Di mana pun kalian, aku bersangka bahawa kalian mungkin lebih jauh menikmati keseronokan ibadat berbading aku.. Bagi yang belum tersedar, aku mengharapkan agar kalian sedar dan turut serta dalam Memburu Al-Qadr..

Mungkin ini adalah ramadan terakhir bagi kita!!

Haha.. tengok!! Alya (anak buah aku) pun tidak ketinggalan untuk
persiapkan diri dalam memburu Al-Qadr.. Kalian bagaimana??

"Siru Ala Barokatillah"

Allahuakhbar!!

Tuesday, September 1, 2009

Aduhai Spiderman...

Hahaha... Rase nak tergelak bile teNgok Aksi & baCe Artikel ni..
So... Sebelum aku gelak sorang-sorang macam orang GilaK... JOm.. ikuti MembaCa.... =)


Alain Robert, 'Spiderman' dari Perancis ditangkap hari ini selepas berjaya memanjat Menara Petronas, percubaan ketiganya untuk menawan menara tertinggi di negara ini, kata polis.

Robert, 46, mula memanjat menara setinggi 88 tingkat itu sebelum Subuh dan sampai ke kemuncaknya, sebelum disedari oleh pegawal keselamatan di situ, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Muhammad Sabtu Osman kepada AFP.

"Kita telah membawanya ke balai polis untuk disoal dan memeriksa pasportnya.

"Beliau boleh didakwa atas tuduhan menceroboh," katanya.

Percubaan pertama Robert untuk memanjat menara itu ialah pada 20 Mac 1997, dan percubaan kedua pada 2007, selepas dia dibebaskan tanpa didakwa.

Beliau yang digelar 'Spiderman' pernah memanjatkan Eiffel Tower di Paris dan Golden Gate Bridge di San Francisco.

Menara Berkembar Petronas setinggi 452 meter itu, yang siap dibina 1998, merupakan bangunan tertinggi di dunia sebelum diatasi oleh antaranya Taipe 101.

Panjat dua jam

Sementara itu, Bernama pula melaporkan Robert yang memakai kemeja T gelap dan berseluar jeans, mula memanjat Menara Dua pada jam 6 pagi dan sampai ke puncaknya dalam masa dua jam.

Bagaimanapun, dia ditahan polis dan disiasat kerana kesalahan menceroboh kerana tidak mendapatkan permit. "Dia ditahan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan atas kesalahan menceroboh kawasan larangan dengan memanjat tanpa permit," kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zulkarnain Abdul Rahman.

Robert dipercayai memasuki Malaysia pada 25 Ogos lepas dan tinggal di Hotel Mandarin Oriental yang berdekatan menara Petronas itu.

Apa pun, aku secara peribadi memang respect la kt mamat nie coz memang berani panjat menara Petronas tu dikala orang lain tak pernah mencuba untuk mendakinya.. huhu..

Friday, August 21, 2009

Selamat Berpuasa Buat Semua Sahabat!!


Assalamualaikum dan salam perpaduan..

Pertamanya ana rafatkan syukur pada Allah kerana masih dipanjangkan umur dan diberi kesempatan untuk bertemu lagi pada bulan ramadhan pada tahun ini.

Di kesempatan ini, ana ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua sahabat-sahabat pengunjung mukhlis.net dan tidak lupa juga buat seluruh rakan-rakan yang lain serta keseluruhan umat islam di Malaysia ini amnya.

Semoga kita semua dapat menjadikan bulan Ramadhan kali ini, sebagai medan untuk kita sama-sama Bermuhasabah, memperbaiki amalan, akhlak dan yang terutama skali adalah membersihkan jiwa dari dibelenggu dengan karat-karat maksiat yang terkumpul dalam hati selama ini.

Diharapkan agar sama-sama kita berlumba-lumba untuk melakukan amal kebaikan sama ada dengan cara bersedekah, berzikir, bertarawih, berqiamullail dan sebagainya disamping meninggalkan segala kerja jahat yang telah dilakukan sebelum ini.

"KepaDa MaNa-MaNa saHabat YaNg ada Buat majlis Iftar @ Majlis Berbuka Puasa... Sila Maklumkan Lebih awal kepada ANa supaya aNa daPat luangkan Masa Untuk Hadir SaMa.." huhu...... =)

1. Selamat Bersahur..
2. Selamat Berpuasa.
3. Selamat Berbuka
4. Selamat MeNunaikan Ibadat (Solat Wajib & Tarawih)

"Siru Ala BarokatillaH"

Allahuakhbar!!

Thursday, August 20, 2009

Mensyukuri Nikmat Ciptaan Allah.

Seringkali dalam perbualan, aku ditanya.. "sheikh, ana nie boring+bosan la.. Duk sorang2 dan tak tahu nak buat ape.. dah la tak ensem.. hehe.. kdg2 jeles tgk orang-orang muda kt luar, yang hidup bercouple.. pg sana sini berpimpin tangan.. naik moto berpelukan"... "dah tu, enta nak hidup macam tu ker? ermm.. boleh.. nnt ana tolong usya utk enta" jawab aku sambil tersenyum.. "ehhh.. tak nak la g2.. ana just joke jew.."haha.. cm nk share da... hehe..

Kadang-kadang aku tak salahkan mereka-mereka yang bertanya ini.. Sebab ianya sudah menjadi fitrah dalam diri seseorang itu untuk hidup bahagia, dalam ruang lingkup ingin berteman, dikasihi, mengasihi, dibelai, disokong, dipuji dan di ambil perhatian.. Sama juga dengan apa yang penah aku rasakan.. Cuma, Islam menekankan bahawa setiap sesuatu perkara itu mestilah disertakan dengan niat dan caranya perlu betul.. Niat itu kena ikhlas manakala cara pula kenalah mengikut syariat yang telah digariskan dalam Al-Quran dan Sunnah. Syariat mengharamkan sesuatu pergaulan bebas yang boleh cenderung kepada zina.

Hari ini rata-rata dikalangan kita berfikiran bahawa.. "tak mengapa sekiranya aku berpewatakan begini".. "tak salah pun kalau aku jadi begini".. "tak kesah la, asalkan aku ikhlas".. Sebenarnya, semua perkataan dan perbuatan itu melambangkan akhlak. Akhlak yang baik, bermula dari didikan yang baik.. Tapi semua itu juga adalah bersandarkan kepada niat yang betul-betul mengharapkan redha dari Allah. "Semoga Allah merahmati aku"!

Dalam berbicara tentang akhlak dan perbuatan ini, suka untuk aku membawa sahabat sekalian untuk mengenangkan kisah seorang sahabat yang hidup dalam suasana yang tidak begitu sempurna (kesempurnaan dari anggota tubuh badan).. Dilahirkan sebagai golongan kurang upaya dan tidak sesempurna seperti manusia biasa yang normal. Hidupnya sering terhalang untuk melakukan susuatu aktiviti yang diluar kemampuannya.. Sedangkan kita nie, boleh berlari kesana sini, melompat walaupun tak disuruh dan terbongkang tak tentu pasal.. Sebagaimana firman Allah :

"sesungguhnya aku telah jadikan manusia dalam bentuk yang sebaik-baikny a"
(At Tin: 4)


Apapun, sahabat ini sentiasa bersyukur serta mempunyai matlamat untuk hidup sebagai manusia yang berguna. Dia ni juga, bersungguh-sungguh berusaha untuk memanfaatkan segala apa yang ada untuk meletakkan diri sebagai orang yang terbaik.. Baik dari segi akhlak dan tingkah laku.. Tetapi, bagaimana pula dengan kita ni yang normal yang diberi banyak nikmat, kemudahan dan kesempurnaan oleh Allah?? Bersyukur or tidak?? masing-masing boleh bermuhasabah....
Firman Allah taala :

"Ketahuilah! sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas.. Kerana dia melihat dirinya sentiasa cukup.."

(Al Alaq: 6-7)

"Ya Allah, Semoga kehadiranku di muka bumi ini dapat menguatkan aku dan menjadi contoh kepada manusia yang lain".. Amin.