Monday, December 29, 2008

JoM Gi TgaNu



Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah.. masih di panjangkan umur dan di beri keLapangan untuk meNulis..
PertaManya.. suka untuk ana sekali lagi meNgucapkan selamat tahun baru Islam 1430H kpd seluruh umat Islam yaNg beraDa di seluruh muka bumi..

Untuk peNgetahuan uMum juga.. pagi iNi akan di aDakan Demonstrasi untuk membantah serangan Israel ke atas Penempatan Gaza di Palestin bertempat di hadapan kedutaan Amerika di jalan Ampang.. Demonstrasi ini di anjurkan oleh gabungan NGO-NGO islam dan di jangka di hadiri oleh seluruh amilin-amilin yang cintakan Islam.. Insyaalah.. moga2.. Allah merahmati dan memberi kekuatan kepada sahabat disana..

Buat saHabat ku Nik Joe, Abu Dardad, daN Hanif.. BersaBarlah....
mungkin aDa hikmat kalian di tinggalkan oleh "Bos' kalian paDa pagi tadi....
moGa2 RoH Kemarahan, seMangat dan Keazaman yang aDa dalam Hati kalian diBawa pergi bersaMa oleh "Bos" kalian dan sudah sampai di Kedutaan Amerika untuk di lontarkaN..Allahuakhbar!! so.. jgn bersedih hati sahabatku..
lain kali.. baNgun awal-awal yea... hehehe...

Hurm.. tentu semua tertanya-tanya...
KeNapa penulisan ana hari iNi meNgajak kalian semua ke kuala terengganu.. huhu..
sebenarNya bkn untuk ajak pi enjoy2 @ Bkan untuk ajak pi melawat masjid kristal atau mane2 destinasi mNarik... tapi hanya untuk meNinjau keaDaan seMasa berkenaan persediaan Pilihanraya Kecil parlimen Kuala Terengganu tak brape lame ag...

Buat sahabat ku yang di tinggalkan tadi.. JoM... Kalian masih berpeluang ke sana..=)
jika hari iNi.. seluruh jentera peNgerak dari semua parti Politik Tanah air telah pOn bersiap sedia dengan memanaskan enjin kereta untuk meNuju ke Kuala Terengganu..

Kalau seBelum iNi.. aDa yaNg pergi untuk melihat keCantikan kereta Marcedes E200 baru kerajaan negeri Terengganu.. tapi sekarang pergi deNgat niat untuk berkeMpen bagi memenangkan parti masing2...

Seperti yaNg semua sedia maklum.. Barisan Nasional aDalah parti yang pertaMa mengumumkan Name calon mereka yang akan bertanding.. Manakala PAS akan mengumumkan calon mereka pada 1 Januari ini.. Sementara peNamaan calon yang ditetapkan aDalah 6 januari nanti....

Dalam perlawanan Tinju atau Boxing.. Jaguh selalunya tidak akan masuk atau di umumkan dahulu.. tapi... di umumkan dan masuk setelah musuh selesa di gelanggang untuk seketika waktu.... hehehe.. Jangan Marah.. Sekadar Kongsi pendapat..

KepaDa seluruh Duat yang sudah berkampong di Bandar KUala Terengganu... Selamat Berjuang... Sentiasalah bersiap-sedia dan berhati-Hati dalam tindakan... Insyaallah KemeNangan akan mengiringi kalian dan seMoga Allah memberi kekuatan kepaDa kita semua....

Tunggu aNa di saNa.... Allahuakhbar!!

"Bersiap Menuju KemeNangan IsLam"

Tuesday, December 23, 2008

KeMbali KepaDa FitRaH




Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah.. aku rafatkan setinggi syukur pada Allah, kerana di beri kelapangan masa untuk menulis sedikit sebanyak untuk perkongsian ilmu bersaMa..
sudah terlalu lame aku tidak menulis.. akhirnya aku mendapat "seMaNgat Baru" untuk keMbali ke pentas penulisan atas dorongan dan semangat dari sahabat-sahabat seperjuangan...

"Sesungguhnya, kami telah meNgemukakan aManaH kepada Langit, BuMi dan GuNung GaNang tetapi Mereka eNggan MeMikuLnYa daN merasa Berat deNgannya.. SeBalikNya ia dipikul oleh maNusia (Insan).. sesungguhNya, mereka amat zalim lagi zahil"
(Al-Ahzab, 72)

Hari-hari berlalu.. kita semakin hari semakin di uji dengan kesibukan.. sehinggakan, apa yang di anugerahkan Allah, tidak lagi di maNfaatkan.. Jika sebelum iNi, istilah Istiqamah itu menjadi sebutan.. Tapi hari iNi alasan dan dolak dalih di dahulukan..

Memang tidak di nafikan.. ramai di antara kita, hari iNi sudah mempunyai kerjaya yang baik.. mampu untuk berdikari seNdiri daN boleh hidup tanpa nasihat orang lain..
Mereka sebeNarnya lupa.. kemaNisan dalam BerjaMaah lebih indah dari segalanya.. atau mungkin.. mereka sebelum iNi haNya berjuang dalam 'main-main'..

Ingat!!
Islam itu boleh di rosakkan oleh dua golongan manusia.. iaitu :-
- Golongan Yang jahil dan tidak mahu untuk belajar
- Golongan yang berilmu, tapi tidak aDa sifat tawaduk pada diri.

Jika kita sama-sama melihat kePada perkembaNgan politik semasa hari iNi..
kita sebenarnya sudah hampir kePaDa keMenangan.. tp adakah kita turut serta sebagai orang yang membantu ke arah keMenangan atau kita haNya meNunggu dan keMudiannya menumpaNg kegembiraanya yaNg di raikan..

KepaDa seluruh sahabat-sahabat ku yaNg masih bermain seperti kanak-kaNak kecil yaNg tidak tahu apa-apa.. keMbalilah perkuatkan tarbiah diri.. Gerakkan seluruh keMampuan yaNg aDa.. SuMbanglah seGala aPa yang kaMu mampu.. supaya, kemanisan yang pernah di Rasai daHulu, dapat di rasai seMula kearah meNuju keMenagan bersaMa..

Allahuakhbar! =)

Tuesday, June 17, 2008

Warkah Untuk Sahabat.

“Wahai orang-orang yang beriman, Apabila dikatakan kepada kamu.. berangkatlah (untuk berjihad) dijalan Allah. Kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu.. Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai Ganti kehidupan Akhirat? Padahal nikmat hidup di dunia ini (jika hendak di bandingkan dengan Akhirat) adalah amat sedikit”

Alhamdulillah..
Aku merafatkan setinggi kesyukuran pada Allah pencipta kepada seluruh isi alam dan tuhan yang telah memberikan ruang bagiku untuk mengenal dunia..

Di kesempatan masa yang ada,
Sempat aku mengalihkan waktuku untuk mengarang sedikit warkah untuk kalian.. Mudah-mudahan, dengan warkah ini.. dapat kalian simpan dan sematkan sebagai kenangan sepanjang zaman.

Sahabatku..
Sedar tak sedar, sudah 3 tahun kita bersama.. segala kepahitan, kesusahan, kesenangan dan suka duka menjadi asam garam kepada persahabatan kita.. tiada ungkapan yang mampu di luahkan melainkan memori yang di tinggalkan..

Sahabatku..
Sedih hatiku bila mengigati saat-saat bersama kalian. banyak perkara yang dapat ku pelajari termasuk mengenali nilai diri dan kasih sayang terhadap manusia. Mungkin pandangan manusia itu berbeza-beza.. Fahamilah Kalian, Hati & jiwa ditautkan denGan AkidaH. Aqidah adalah ikatan yang paling kuat dang paling berharga. Uhkwah adalah saudara bagi iman dan pepecahan adalah saudara kepada kekufuran. Tiada kesatuan tanpa kasih sayang dan kejarlah kasih sayang yang paling tinggi iaitu Ithar (mengutamakan orang lain lebih dari diri sendiri)..

Firman Allah S.W.T
“Pada hari itu sahabat-sahabat karib: sesetengahnya akan menjadi musuh kepada sesetengah yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal salih)”.
(Surah Al-Zukhruf : ayat 67)

Sahabatku..
Cukup lama masa ku bersama kalian.. Banyak perkara yang dapat ku nilai dan berbagai ragam dapat ku kenali..

Sahabatku..
Jangan bersikap terlalu celupar dan mengkritik.. Karana kita sendiri tidak semestinya bagus. Dalam kematangan kita berfikir, kadang-kadang kita lupa bahawa kita adalah orang yang telah membelakangkan agama dari setiap sudut.. Mungkin Kalian merasa Aku adalah orang yang jumud kepada aGama.. “buat itu tak boleh dan buat ini tak boleh”.. dan mungkin juga hati kecil kalian berkata.. Arghh.. poYo, tak sPoting, Skema, dan sebagainya terhadap ku.. tapi inilah wasilah ku yang boleh ku sampaikan sebagai pesanan atas tanggungjawabku dalam menyampaikan.. Kerana aku juga adalah seperti kalian yang sering malakukan kesilapan dan kesalahan..

Sahabatku..
Kamu adalah orang-orang yang faham.. Jangan sesekali kamu menyalahgunakan kefahaman yang kamu miliki semata-mata untuk memenuhi kehendak hawa nafsu semata-mata.. Tidakkah kamu melihat bagaimana Allah memalingkan hati orang-orang yang terdahulu dari kamu.. Dan Allah juga menegur sikap sesetengah hamba-hambanya yang terdahulu..
“Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat kami, dia berpaling dengan menyombongkan diri seolah-olah dia belum mendengarnya, seakan-akan ada sumbatan di telingganya, maka bergembiralah dia dengan azab yang pedih”
(Surah Luqman : ayat 7)

Sahabatku..
Jangan kita terlalu gembira dengan apa yang telah kita perolehi.. Jangan juga kita terlalu mengejar sesuatu yang belum pasti menjadi milik kita.. tetapi bersyukurlah, hargailah, berterima kasihlah dengan apa yang telah kita miliki.. Jauhkan sikap riak, terlalu memuji diri, ketawa yang keterlaluan, dan bersikap tanpa berlandaskan syariat.. Kerana mungkin, sikap yang kita adakan ini tidak langsung di pandang Allah.. mungkin kita merasakan diri ini masih Muda dan mempunyai banyak masa lagi untuk memikirkan perkara ini.. Tapi tidak mustahil, hari esok.. Kita mungkin akan di jemput untuk mengadapnya dalam keadaan yang kita sendiri tidak sangka-sangka..

Sahabatku..
Terima kasih aku ucapkan kepada mereka-mereka yang hampir dengan ku.. yang telah berenang di lautan kesusahan serta mandi di sungai kesenangan bersama-sama.. terima kasih juga kepada semua kerana telah banyak memberi tunjuk ajar, dan membantuku dalam apa jua tugas yang di pikuL.. Somaga Allah jua yang membalas jasa kalian dan membuka pintu-pintu rahmat buat kalian..

Sahabatku..
Bersempena dengan minggu-minggu terakhir ini, dengan penuh rendah diri dan rasa malu terhadap kalian.. aku memohon beribu kemaafan dari kalian, jika di sepanjang perkenalan ini terdapat perkara-perkara @ perbuatanku yang sering menyakitkan hati, menimbulkan keresahan, kemarahan, kebencian, dan pendapat yang tidak di persetujui atau bercanggah dengan pemikiran kalian.. Sesungguhnya, segala kelemahan itu datangnya dari Allah yang bersandarkan pada kelemahan,kedaifan ilmu, pertuturan yang tidak cekap, kefahaman yang masih lemah serta kekurangan fizikal yang sedia ada pada diriku..

Sahabatku..
Aku cukup bangga dengan kalian.. Biarlah Allah yang mengetahui atas segalanya yang tersurat.. Aku mendoakan agar kita sama-sama dapat menjawab peperiksaan akhir ini dengan jayanya serta mmperoleh keputusan yang cemerlang dan mendapat perkenan dari Allah.. Akhirnya, Semoga Ukhwah yang terbina ini, terus kekal dan menjadi contoh kepada generasi yang akan datang.
Semoga Masa yang Mendatang, Aku Berjumpa Kamu.. Dalam Kamu sedang menjadi orang yang Hebat..
(Kepada yang akan berumah tangga, tahniah di ucapkan dan seMoga kebahagian yang terbina itu terus kekal dan mendapat berkat dari Allah, Dunia dan Akhirat..)
“ Aku Sayang Kalian Kerana Allah”.. Sekian!!. (‘’,).
"kite bertanya, Al-Quran menjawab"
ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮ ﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮ ﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍ



JANGAN MENGELUH ........... Kita selalu Bertanya.... ......... .......
dan
Al-Quran sudah menjawabnya. ......... ........

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB:
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB :
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB:
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. " - Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB :
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB :
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB :
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" - Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB :
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ? - Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB :
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. " - Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB:
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." - Surah Yusuf ayat 12

Peringatan ini saya terima dari sahabat yang prihatin pada saya. Saya sebarkan peringatan ini kepada sahabat2 tersayang untuk ingat mengingati kepada kebenaran Sekian, Terima Kasih ﻢﻼﺴﻠﺍﻮ

Jika terdapat kelemahan dan kesalahan dalam penulisan, minta di perbetulkan.
di petik dari tulisan AlBakistani