Tuesday, June 17, 2008

Warkah Untuk Sahabat.

“Wahai orang-orang yang beriman, Apabila dikatakan kepada kamu.. berangkatlah (untuk berjihad) dijalan Allah. Kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu.. Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai Ganti kehidupan Akhirat? Padahal nikmat hidup di dunia ini (jika hendak di bandingkan dengan Akhirat) adalah amat sedikit”

Alhamdulillah..
Aku merafatkan setinggi kesyukuran pada Allah pencipta kepada seluruh isi alam dan tuhan yang telah memberikan ruang bagiku untuk mengenal dunia..

Di kesempatan masa yang ada,
Sempat aku mengalihkan waktuku untuk mengarang sedikit warkah untuk kalian.. Mudah-mudahan, dengan warkah ini.. dapat kalian simpan dan sematkan sebagai kenangan sepanjang zaman.

Sahabatku..
Sedar tak sedar, sudah 3 tahun kita bersama.. segala kepahitan, kesusahan, kesenangan dan suka duka menjadi asam garam kepada persahabatan kita.. tiada ungkapan yang mampu di luahkan melainkan memori yang di tinggalkan..

Sahabatku..
Sedih hatiku bila mengigati saat-saat bersama kalian. banyak perkara yang dapat ku pelajari termasuk mengenali nilai diri dan kasih sayang terhadap manusia. Mungkin pandangan manusia itu berbeza-beza.. Fahamilah Kalian, Hati & jiwa ditautkan denGan AkidaH. Aqidah adalah ikatan yang paling kuat dang paling berharga. Uhkwah adalah saudara bagi iman dan pepecahan adalah saudara kepada kekufuran. Tiada kesatuan tanpa kasih sayang dan kejarlah kasih sayang yang paling tinggi iaitu Ithar (mengutamakan orang lain lebih dari diri sendiri)..

Firman Allah S.W.T
“Pada hari itu sahabat-sahabat karib: sesetengahnya akan menjadi musuh kepada sesetengah yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal salih)”.
(Surah Al-Zukhruf : ayat 67)

Sahabatku..
Cukup lama masa ku bersama kalian.. Banyak perkara yang dapat ku nilai dan berbagai ragam dapat ku kenali..

Sahabatku..
Jangan bersikap terlalu celupar dan mengkritik.. Karana kita sendiri tidak semestinya bagus. Dalam kematangan kita berfikir, kadang-kadang kita lupa bahawa kita adalah orang yang telah membelakangkan agama dari setiap sudut.. Mungkin Kalian merasa Aku adalah orang yang jumud kepada aGama.. “buat itu tak boleh dan buat ini tak boleh”.. dan mungkin juga hati kecil kalian berkata.. Arghh.. poYo, tak sPoting, Skema, dan sebagainya terhadap ku.. tapi inilah wasilah ku yang boleh ku sampaikan sebagai pesanan atas tanggungjawabku dalam menyampaikan.. Kerana aku juga adalah seperti kalian yang sering malakukan kesilapan dan kesalahan..

Sahabatku..
Kamu adalah orang-orang yang faham.. Jangan sesekali kamu menyalahgunakan kefahaman yang kamu miliki semata-mata untuk memenuhi kehendak hawa nafsu semata-mata.. Tidakkah kamu melihat bagaimana Allah memalingkan hati orang-orang yang terdahulu dari kamu.. Dan Allah juga menegur sikap sesetengah hamba-hambanya yang terdahulu..
“Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat kami, dia berpaling dengan menyombongkan diri seolah-olah dia belum mendengarnya, seakan-akan ada sumbatan di telingganya, maka bergembiralah dia dengan azab yang pedih”
(Surah Luqman : ayat 7)

Sahabatku..
Jangan kita terlalu gembira dengan apa yang telah kita perolehi.. Jangan juga kita terlalu mengejar sesuatu yang belum pasti menjadi milik kita.. tetapi bersyukurlah, hargailah, berterima kasihlah dengan apa yang telah kita miliki.. Jauhkan sikap riak, terlalu memuji diri, ketawa yang keterlaluan, dan bersikap tanpa berlandaskan syariat.. Kerana mungkin, sikap yang kita adakan ini tidak langsung di pandang Allah.. mungkin kita merasakan diri ini masih Muda dan mempunyai banyak masa lagi untuk memikirkan perkara ini.. Tapi tidak mustahil, hari esok.. Kita mungkin akan di jemput untuk mengadapnya dalam keadaan yang kita sendiri tidak sangka-sangka..

Sahabatku..
Terima kasih aku ucapkan kepada mereka-mereka yang hampir dengan ku.. yang telah berenang di lautan kesusahan serta mandi di sungai kesenangan bersama-sama.. terima kasih juga kepada semua kerana telah banyak memberi tunjuk ajar, dan membantuku dalam apa jua tugas yang di pikuL.. Somaga Allah jua yang membalas jasa kalian dan membuka pintu-pintu rahmat buat kalian..

Sahabatku..
Bersempena dengan minggu-minggu terakhir ini, dengan penuh rendah diri dan rasa malu terhadap kalian.. aku memohon beribu kemaafan dari kalian, jika di sepanjang perkenalan ini terdapat perkara-perkara @ perbuatanku yang sering menyakitkan hati, menimbulkan keresahan, kemarahan, kebencian, dan pendapat yang tidak di persetujui atau bercanggah dengan pemikiran kalian.. Sesungguhnya, segala kelemahan itu datangnya dari Allah yang bersandarkan pada kelemahan,kedaifan ilmu, pertuturan yang tidak cekap, kefahaman yang masih lemah serta kekurangan fizikal yang sedia ada pada diriku..

Sahabatku..
Aku cukup bangga dengan kalian.. Biarlah Allah yang mengetahui atas segalanya yang tersurat.. Aku mendoakan agar kita sama-sama dapat menjawab peperiksaan akhir ini dengan jayanya serta mmperoleh keputusan yang cemerlang dan mendapat perkenan dari Allah.. Akhirnya, Semoga Ukhwah yang terbina ini, terus kekal dan menjadi contoh kepada generasi yang akan datang.
Semoga Masa yang Mendatang, Aku Berjumpa Kamu.. Dalam Kamu sedang menjadi orang yang Hebat..
(Kepada yang akan berumah tangga, tahniah di ucapkan dan seMoga kebahagian yang terbina itu terus kekal dan mendapat berkat dari Allah, Dunia dan Akhirat..)
“ Aku Sayang Kalian Kerana Allah”.. Sekian!!. (‘’,).

2 comments:

AD Hamzah said...

Salam...tak abang sangka farid rupanya dah pun mejadi seorang penulis blog...bagus farid...im proud of you and welcome to blogger world....
kalau ada masa jangan lupa masuk ke webblog abang di www.riezq.blogspot.com...
ada banyak lagi yang farid perlu tambah supaya kita dapat berinteraksi didalam dunia blog nie..sebagai contoh messege box dan sebagainya...
Sebak jugak hati abang bila membaca posting yang farid buat untuk SAHABT-SAHABAT...
moga ramai yang akan membacanya...
abang dah add farid nyer linkblog ke dalam site abang...so mari kita sama-sama berblogging...

Mukhlis.Net said...

thanks atas komen yang di nukilkan. =)