Wednesday, February 25, 2009

Dari Meja CeRaMaH Ke PaDaNg FutsaL

Alhamdulillah.. Ringan betul badan hari nie..
Dalam penat bekerja... Sempat juga melapangkan masa untuk hadir ke kuliah tafsir Ustaz Nasaruddin Tantawi kat Akademik Ar-Rasyidin selepas maghrib malam tadi...

hurm.... syok-syok dengar kuliah..
Tetiba dapat mesej sahabat.. "Farid! Ustaz Ajak main futsal malam nie.." hehehe..
senyum aku bila baca mesej nie.. sebab melihat ustaz yaNg ajak main nie.. sedang asyik berkuliah di depan.. tapi bila fikir punya fikir, bagus jugak ni coz aku sendiri da lame tak main futsal.... =)

Terus keluar arahan kepada sahabat-sahabat yaNg lain utk sama-sama turun beraksi bersaMa ustaz.. Dalam masa yG saMa bergegas dari teMpat kuliah ke De'Rhu Beach Resort dekat pantai balok untuk buat tempahan padang.. Nasib baik ada court yaNg Free.. huhu.. Dapat gak main...



Hahaha.. ini dia wajah-wajah PeMain yaNg sempat melapaNgkan masa semalam..
YaNg duduk & leNgkap berjersi adalah waJah mereka-mereka yaNg MeNang.. manakaLa yaNg berdiri & kelihatan seperti ahli bIna BaDan negara ni puLa adalah wajah mereka-mereka yaNg Tidak Menang (KalaH)... hehehe.. Jangan Marah yea.... Game lain nanti enta sume boleh usaha laGi... so.. Tranning dari sekarang.. =)

Huh!! capet bangat....
Rehat-rehat sambil berGambar.... Relax jea sume... =)


haa... dalam baNyak-banyak Game.. slalunya yaNg kalah keNa baYar.. Tapi kali nie.. Pelik ket.. yaNg menang kNa bayar.. Adola.. tak leh jadi nie.. hahaha.. Apapun.. Thanks kat koraNg sume..
coz sudi hadir untuk sama-sama bermain walaupun teMpat jauh sket....
Insyaallah.. Semoga masih diberi kelapangan.. SeMoga dapat istiqamah untuk terus bermain sebagai riadah yaNg paling diminati..

Tidak lupa buat Ustaz Nasaruddin yaNg berjaya menjaringkan 2 gOl.. hehe.. Terima Kasih banyak2 keraNa dalam kesibukkan ustaz menguruskan kerja harian.. seMpat juga turun bermain bersama kami pada malam tadi..

SeMoga kita dapat BerteMu daN bermain laGi!!.. Kena teBus kalah tu... haha..

"Bersiap Menuju KeMenaNgan"
Allahuakhbar!!

Tuesday, February 24, 2009

KeMbaRa DakwaH.

Pertamanya Jutaan Terima Kasih yang tidak terhingga kepada pihak sekolah kebangsaan Seri Setia, Benut, Pontian Johor atas kesudian menjemput saya dalam menyampaikan satu slot motivasi di hadapan semua pelajar baru-baru ini..

Sesungguhnya inilah satu-satunya penghargaan yang cukup besar dari pihak sekolah Seri setia ini kepada seorang rakyat biasa yang macam saya ni.. =)


Alhamdulillah, dengan izin Allah dan sedikit ilmu yang ada dapat saya berceramah serta berkongsi pendapat selama hampir 2 jam walaupun kadang-kadang kehabisan idea dan sebagainya..
Huhu.. Dalam ceramah ini juga, saya selitkan dengan beberapa tayangan slide show yang lebih berkisarkan tentang permasalah remaja dan Ummat Islam kursusnya yang berlaku murtakhir ini.. haha.. Macam Ustaz plak... (",)

Haa.. Inilah dia gambar adik-adik pelajar sekolah Seri Setia yang ada masa dia focus, ada masa dia boring dan ada masa dia ketawa dengan ceramah yang aku sampaikan.. hahaha..
aku pun lebih kurang macam diorang gak dulu...
bila ada ceramah yang islamic sket... Comferm Boring jea..
Alhamdulillah... kini suasana dah berubah.. Aku da rajin utk pegi dengar ceramah-ceramah ni.. hehe..

Hurm... Akhir skali, tidak lupa juga saya untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Guru Besar Sekolah Seri Setia, Cg Zainordin dan seisi keluarga yang terlalu banyak membantu dalam apa jua aktiviti saya sepanjang berada di sana..
Semoga Allah merahmati dan membalas segala jasa baik cikgu sekeluarga..

Buat seluruh warga Seri Setia..
Terima Kasih banyak-Banyak... Semoga Berjumpa Lagi..
I miss and LoVe u all...

"Bersiap Menuju Kemenangan"
Allahuakhbar!!

Sunday, February 22, 2009

KeNaNgaN FestiVaL MawaDDaH

Bismillahirrahmanirrahim..
Merafat syukur pada Allah kerana masih diberi kekuatan untuk menulis..

Alhamdulillah, dalam kesibukkan bekerja dapat juga ana meluangkan masa untuk kembali bersama sahabat-sahabat di kampus Polisas dalam menjayakan Festival Mawaddah..

Pertamanya, Jutaan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pihak Jawatankuasa Kamsis Al-Ghazali Dan Ibnu Sina atas kesudian menjumput ana untuk turut bersama-sama kalian dalam program tersebut.. Ana dapat rasakan program ini merupakan yang paling Mantap & meriah setelah sekian lama kamsis Al-Ghazali tidak mengadakan program yang besar sebegini..

Mempengerusikan Forum PerdaNa Bertajuk "BaraH Ummat"
bersama ahli Panel yang tidak asing lagi iaitu Ustaz Shahrul Nizam dan Cikgu Raja Ismail Raja Shahadan.. Masyaallah.. Hebat sungguh ulasan dari dua panel ni.. Jelas dengan tajuk yang di perbincangkan..

a onblur="try {parent.deselectBloggerImageGracefully();} catch(e) {}" href="http://2.bp.blogspot.com/_VRYUoP6mQu4/SaGLqjbMV4I/AAAAAAAAAIk/TI5pPdWFXCY/s1600-h/IMG_0693.JPG">

Majlis turut diserikan dengan persembahan Nasyid dari kumpulan Mestika yang telah menyampaikan enam buah lagu pada malam tersebut... huhu... Best.. dapat jugak borak-borak sekejap gan ahli kumpulan diorang... =)


Antara tetamu-tetamu yang hadir menyaksikan persembahan..
Nampak mcm sedikit.. tapi sebenarnya ramai.. cuma keadaan je yg nampak gelap sket.. =) hehe..

Bergambar kenangan bersama rakan junior yang sentiasa sibuk dalam memastikan kelangsungan program agar berjalan dengan sempurna.. wargh.. orang penting nie... kejap pi sana, kejap datang sini.. last-last hilang... hahaha
Apapun, Tahniah atas apa yang telah di usahakan!!


Hurmm..
Program pun dah selesai..
Harap-harap lepas nie masih berkesudian untuk terus menjemput ana dalam apa jua program yang boleh memberi Manfaat kepada keselurunnya..
Insyaallah...
Semoga Allah terus memberi kekuatan kepada Kalian.. =)

"bersiap Menuju Kemenangan"
Allahuakhbar!!

Wednesday, February 11, 2009

Sultan tak boleh di saman??


Dari media Tranungkite.Net
Oleh : C4boleh

"Dalam perang Siffin, Khalifah Ali bin Abi Talib kehilangan baju besinya. Beberapa hari kemudian, Ali melihat baju besinya yang hilang itu di tangan seorang Yahudi. Ali berkata kepad Yahudi itu; " Baju itu adalah kepunyaanku. Aku tidak pernah memberikan atau menjualnya kepada sesiapapun."

Jawab orang Yahudi itu; " Tidak! Baju ini adalah kepunyaanku sejak dahulu." Baik Ali mahupun orang Yahudi itu masing-masing mempertahankan hak masing-masing. Akhirnya tidak juga dapat penyelesaian, maka keduanya sepakat pergi menemui hakim Syuriah untuk meminta penyelesaian secara jujur dan adil. Di situ, terjadilah dialog antara sang hakim dengan pihak pendakwa dan yang didakwa.

Ali berkata;"Baju besi yang ada di tangan orang Yahudi ini adalah kepunyaanku sejak dahulu." Hakim Syuriah berkata kepada orang Yahudi itu; "Bagaimana, Ali telah menyatakan bahawa baju besi yang ada di tanganmu itu adalah miliknya?"

Jawab orang Yahudi itu; "Tidak, baju besi ini adalah kepunyaanku." Hakim Syuriah bertanya kepada Ali; "Apakah ada bukti di tangan Amirul Mukminin yang menunjukkan bahawa baju besi itu kepunyaan baginda?"
Jawab Ali;"Ada! Puteraku Hassan dan Hussain tahu betul bahawa baju besi itu kepunyaanku sendiri."


Hakim Syuriah berkata; " Kesaksian anak sendiri terhadap ayahnya tidak dapat diterima menurut hukum yang berlaku.." Selanjutnya, hakim Syuriah berkata; " Kerana Amirul Mukminin sendiri tidak boleh membuktikan dengan pengakuan dua orang saksi yang sah, maka aku memutuskan bahawa baju besi ini adalah milik orang yang memegang sekarang iaitu Yahudi tersebut."


Lalu hakim Syuriah menjatuhkan palunya sebagai tanda persidangan telah selesai.


Sementara Khalifah Ali bin Abi Talib walaupun sebagai Amirul Mukminin dia boleh mengambil tindakan atau sekurang-kurangnya memberikan tekanan kepada sang hakim untuk memenangkannya, tapi beliau tidak menempuh jalan itu. Dia tetap patuh kepada ketentuan hukum yang berlaku.


Adapun hakim Syuriah telah menunjukkan satu contoh bagaimana mestinya sikap seorang hakim yang harus mempertahankan keadilan hukum di atas segala-galanya. Adapun orang Yahudi tadi yang mempersaksikannya dalam mengalami kejadian tersebut merasa takjub dan hairan sekali melihat kepatuhan seorang pembesar tinggi terhadap ketentuan hukum, ketegasan pendirian seorang hakim dalam menegakkan hukum yang semuanya bersumber kepada unsur-unsur keadilan di dalam Islam. Terpesona dengan kejadian itu, orang Yahudi tersebut lantas turut memeluk Islam.

-------------------------------------------------------------------
Intipati dari kisah Sultan tak boleh disaman yang diwar-warkan oleh UMNO dengan kisah Khalifah Ali ialah:

1) Tidak ada keadilan selagi undang-undang manusia (Lord Reid) digunapakai sehingga digantikan dengan undang-undang syariah.

2) Kenyataan Karpal Singh untuk menyaman Sultan Perak adalah betul menurut prinsip keadilan: tiada sesiapa mengatasi undang-undang.

3) Racist atau sentimen perkauman tidak ada dalam undang-undang islam. Keadilan mesti ditegakkan sebagai satu medan dakwah kepada non-muslim.

"Bersiap Menuju KeMenangaN"
Allahuakhbar!

Saturday, February 7, 2009


JoM sOlAt DhUhA...

Hurm.. Teringat ana tentang intipati usrah yang berlangsung pada minggu lepas..
Dalam perbincangan tersebut, Usrah kami bermula dengan bacaan surah Ad-Dhuha dan kemudiannya di bacakan Tafsirnya oleh seorang sahabat..

Alhamdulillah.. daripada yang tidak tahu.. menjadi lebih tahu..
Dalam surah berkenaan Allah menceritakan kepada kita perihal yang berlaku dalam waktu Dhuha dan surah berkenaan jga mengambarkan bahawa Allah itu sentiasa ada bersama kita dalam setiap waktu..

Insyaallah.. Kita kongsi dan mengambil manfaat bersama tentang kelebihan Fadhilat menunaikan solat sunat Dhuha..

Solat Dhuha :

Murahkan rezeki, menolak kepapaan


Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, Antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:


Maksudnya :"Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan"

( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )


Dalam riwayat yang lain Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda yang maksudnya : " Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah ( sebagai ganti ) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha ."

( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab "An-Nurain" sabda Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam yang maksudnya : "Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya :

"Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan."

(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu 'anhu berkata :

"Aku mendengar Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam berkata : "Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas"
(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Waktu solat Dhuha:

Ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita'khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Cara menunaikannya:

Adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh 'Aisyah bermaksud :"Adalah Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehendakinya."

(Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda bermaksud :

" Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,"

( Riwayat At-Thabarani )

Manakala surah yang sunat dibaca selepas membaca Faatihah pada rakaat pertama ialah surah as-Syams dan rakaat kedua selepas membaca al-Faatihah disunatkan membaca surah adh-Dhuha.

Niat solat Dhuha ialah :
" Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala "

Doa solat Dhuha:



" Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindungan Mu. Ya Allah jika rezekiku masih diatas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika ia (dari yang) haram maka sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu Dhuha, Keagungan, Keindahan, Kekuatan dan Kekuasaan Mu, limpahkanlah kepada hamba-hamba Mu yang saleh ."


Semoga perkongsian ini akan membawa seribu rahmat kepada kita. Amin.

MemaHami Hakikat PerjuanGaN

Alhamdulillah..
Ana rafatkan setinggi-tinggi syukur pada Allah, diberi sedikit kelapangan masa untuk menulis sedikit sebanyak sekadar untuk perkongsian bersama..

Muktakir ini, suasana semasa Politik Tanah air kita cukup rancak untuk diperkatakan..
Sehinggakan, di kedai kopi hari ini.. Bermacam-macam cerita yang sempat ana dengar dari berbagai2 golongan.. Antara cerita paling famous, adalah berkisahkan "Rampasan Kuasa" yang berlaku di Perak.. haha..

Masing-masing di anugerahkan akal oleh Allah.. Maka berbagai-bagai peNdapat yanG di lOntarkan.. Sesetengahnya ada yG menyokong.. malah ramai di antaranya yang meNentang.. hehe..
Ape jua pun peNdapat tersebut... "Hanya Allah yang mengetahui siapa yang Benar"..

Jika kita bandingkan senario yang berlaku di Perak dan di Pelestin...
Seakan-akan kita dapat membanding persamaan yang hampir sama... Apa yang Berlaku di Palestin, bagaimana kita melihat Hamas yang menang dalam pilihanraya.. dipertikaikan keputusannya.. Kemudian kerajaan yang di tubuhkan itu Tidak Di iktiraf oleh rejim zionis dan sekutu kuatnya iaitu Amerika.. Akhirnya, pimpinan-pimpinan Hamas ini di tangkap dan dihalau dari berada di pejabat-pejabat Kerajaan.. Sehinggakan pentadbiran Pelestin berjaya diperintah semula oleh puak-puak Fatah yang bersetongkol erat dengan yahudi laknatullah...

Peristiwa di Pelestin yang telah berlaku itu, seolah-olah berulang berlaku semula di Perak.. Kerajaan yang memerintah hasil daripada pilihan rakyat dirampas dengan cara yang cukup mudah dan ianya berlaku dengan cukup pantas..

Sabda Nabi s.a.w
"Jika sesuatu amanah, diberikan kepada orang yang bukan dari kalangannya (atau bukan kepada yang berhak), maka tunggulah saat kehancurannya"..

Bersandarkan pada hadis ini.. Marilah kita merenung tentang sesahihannya..
Di bumi Palestin hari ini.. kita lihat, Hamas yang dahulunya dihalau,ditindas dan dipelakukan seperti penganas.. kini diangkat semula oleh Allah.. melalui siri Peperangan yang berlaku baru-baru ini.. akhirnya menunjukkan hikmah kepada masyarakat dunia.. kini nama Hamas mula di sebut-sebut.. Keberanian, kesungguhan dan kesusahan yang mereka alami dalam mempertahankan maruah dan tanah Gaza, ditonjolkan di dada-dada akhbar dan media-media antarangbangsa.. Benarnya Perjuangan mereka!!
Tetapi lihat bagaimana Allah mengaibkan puak Fatah yang dahulunya disanjung dan di hormati Dunia... Dimana pimpinan mereka ketika masyarakat Gaza bermandikan darah dan Peluru?? Apa yang pimpinan mereka Buat??


Insyaallah.. ana rasa ramai dikalangan kita hari ini mengharapkan sesuatu pertolongan dari Allah atas apa yang berlaku.. Hakikatnya, kita perlu bersabar.. Ketahuilah.. Perjuangan itu pahit dan tidak mudah seperti yang dijangkakan.. Peranan kita sekarang.. banyakkan Berdoa.. Perkukuhkan Tarbiah.. Dan kembali kepada hakikat perjuangan.. Musuh akan masuk dan menyerang kita dari segenap sudut yang ada.. Hati mereka sentiasa tidak senang jika melihat kita bersatu.. Maka Bersabarlah!!

Sepertimana Firman Allah :-
“Maka bersabarlah ( wahai Muhammad ). Sesungguhnya janji Allah adalah benar. Dan janganlah orang - orang yang tidak yakin ( dengan janji tuhan itu ) meremehkanmu ( dan mendorongmu untuk tidak tetap dan thabat di atas suruhan dan laranganNya. )” - Akhir al Rum.

"Bersiap menuju KemeNangaN"
Allahuakhbar!

Thursday, February 5, 2009

HarapaN Tok Guru




Nik Aziz pohon supaya Sultan terima nasihat dari yang layak

KOTA BHARU, 6 Feb: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, status Institusi Raja akan terjejas di mata rakyat kalau Raja mendengar dan akur menerima nasihat (advise) dari orang lain.

Bagi beliau, Menteri Besar dalam sesebuah negeri adalah mewakili rakyat dalam sesebuah negeri untuk disembah kepada Raja.

"Orang lain, walau PM sekalipun adalah orang luar. Kalau tidak begitu maka akan timbul bermacam-macam krisis dan huru hara," katanya dalam kenyataannya hari ini.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau:

Raja dan demokrasi

1. Menteri Besar dalam sesebuah negeri adalah mewakili rakyat dalam sesebuah negeri untuk disembah kepada Raja. Orang lain, walau PM sekalipun adalah orang luar. Kalau tidak begitu maka akan timbul bermacam-macam krisis dan huru hara. Ini termasuklah siri-siri jenayah dan pencolekan seperti yang berlaku ke atas Menteri Besar Terengganu, Daud Samad dan beberapa Wakil Rakyat di Negeri Kelantan di tahun 1960an.

2. Di zaman Tun Dr. Mahathir, Institusi Raja terjejas teruk dan jangan-jangan ia terjejas lagi di kali ini. Ucapan saya ketika di Parlimen di masa itu antara lain berbunyi: “Orang politik akan menjadi Raja/Presiden di masa hadapan. Puncanya kerana peribadi sebahagian Raja-Raja itu sendiri.”

3. Sistem Beraja tidak menjadi semakin bertambah. Hendaklah diingati benar-benar bahawa sistem Beraja semakin hari semakin berkurangan. Bertambah tidak. Dunia boleh saksikan sendiri bagaimana Raja Nepal di Katmandu, Sultan Hussein di Singapura, Hamingkubuwono di Indonesia, Sultan Kudrat di Filipina, Al-Malik Farouk di Mesir, Shah Iran di Iran, Maharaja China di Negeri China, Maharaja Yaman di Yaman, Iraq, India dan seluruh Benua Eropah. Kini, mereka hanya tinggal sejarah.

4. Jadi, Institusi Raja di Malaysia perlu berhati-hati benar.

5. Saya sayangkan Institusi Raja kerana saya tahu bahawa rakyat hormatkan Rajanya. Saya sendiri dapat merasakannya kerana saya sendiri juga daripada keturunan Raja Jembal. Selain daripada menghormati saya dari aspek-aspek yang lain khususnya dari hal agama, mereka hormat saya kerana saya juga datang dari keturunan ini.

6. Tegasnya semua pihak perlu berhati-hati dalam menangani krisis yang cuba dicetuskan oleh pihak-pihak yang berkepentingan di luar dari Negeri Perak. Ingatlah, Allah Maha Berkuasa diatas segala sesuatu dan Allah tidak akan berpihak kepada pihak yang berbuat kezaliman. Sebaliknya, Allah akan menurunkan bantuan kepada mereka yang dikhianati dan mereka yang ditindas. Firman Allah S.W.T. bermaksud : “Maka orang-orang yang zalim itu dimusnahkan sampai ke akar-akarnya. Segala Puji Bagi Allah Tuhan semesta Alam.” (Surah Al An’aam: Ayat 45). Wallahua’lam.

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Mursyidul Am PAS

TeRusKaN PerjuaGaN



"Artikel 16 Fasal 7 Perlembagaan Negeri Perak menyebut seseorang anggota majlis selain MB (Menteri Besar) memegang jawatan atas perkenan Sultan. Dengan lain perkataan, MB tidak boleh dipecat.

"Tetapi Artikel 16 Fasal 6 menyebut jika beliau hilang kepercayaan beliau mesti meletak jawatan. Jadi kawasan kelabu ialah apa berlaku jika beliau tidak meletak jawatan," - Prof Shad Saleem

Walau ape jua keputusan yang akan berlaku, kita kena bersedia dan terima dengan sifat berlapang dada.. Jika Ditakdirkan Allah, bumi Perak ini bukan milik kita, pasti ianya tidak akan kita dapat walaupun sudah di dalam genGamaN..

Semoga Allah terus memberi kekuatan kepada seluruh pimpinan-pimpinan Pakatan Rakyat yang sedang berusaha sedaya upaya yang mungkin untuk mempertahankan Kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri Perak hari ini..

Kepada Seluruh sahabat sekalian, Bersabarlah..
Teruskan dengan gerak kerja dakwah.. Perjuangan kita tidak berakhir disini..
Inilah sebenarnya Ujian yang perlu kita lalui walaupun sukar dan pahit untuk di terima.. Insyaallah.. Ianya Pahit untuk hari ini.. Tapi manis pada hari mendatang!

Kepada DS Ir Nizar dan DS Fatimah.. Kami teguh berdiri menyokong Mu!!

"Bersiap Menuju KeMenangan"
Allahuakhbar!

Milik Allah Segala KekuasaaN



قل اللهم مالك الملك تؤتي الملك من تشاء و تنزع الملك ممن تشاء و تعز من تشاء و تذل من تشاء بيدك الخير إنك على كل شئ قدير


Katakanlah : Ya Allah Ya Tuhan..... Raja yang memiliki Kerajaan ( di dunia dan di langit ) Kau mengurniakan kerajaan kepada siapa yang Kau kehendaki dan Kau menyentapnya dari siapa yang Kau kehendaki dan Kau muliakan sesiapa yang Kau kehendaki dan Kau menghina sesiapa yang Kau kehendaki . di dalam genggamanMu segala Kebaikan sesungguhnya Kau Maha Berkuasa di atas segala suatu .


Surah Aali Imraan . Ayat : 26

Sedih apabila melihat kepada apa yang berlaku ke atas kerajaan Islam Perak hari ini..
Sebuah Kerajaan yang dipilih oleh tangan-tangan rakyat akhirnya ingin diruntuhkan oleh golongan-golongan Munafiq yang sentiasa benci, Khianat dan mempunyai Hasad Dengki terhadap golongan-golongan yang berpaksikan kepada pemerintahan Islam...

Keputusan Istana

DYMM Paduka Seri Sultan Perak juga telah menimbangkan dengan sedalam-dalamnya permohonan YAB Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin pada 4 Februari 2009 memohon perkenan Baginda untuk membubarkan Dewan Negeri Perak.

Baginda menggunakan budi bicara Baginda di bawah XVIII (2)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan dan tidak berkenan membubarkan Dewan Negeri Perak.

YAB Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin telah dititah menghadap Baginda untuk dimaklumkan mengenai keputusan Baginda tidak membubarkan Dewan dan selaras dengan peruntukan XVI(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan, DYMM
Paduka Seri Sultan Perak menitahkan YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama-sama ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) berkuat kuasa serta merta.

Sekiranya YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli MMK, maka jawatan Menteri Besar serta ahli-ahli MMK tersebut dianggap telah dikosongkan.
(Dibacakan oleh Setiausaha Sulit Baginda Sultan Perak)

Daripada keputusan yang di bacakan ini, jelaslah kepada kita bahawa Sultan Perak telah memutuskan untuk tidak berpihak kepada permohonan Menteri Besar Ir Nizar Jamaliddin untuk membubarkan Dun di seluruh negeri Perak.

Peranan Rakyat



Sesungguhnya Kerajaan yang dipilih ini adalah melalui kuasa Rakyat..
Maka ana menyeru kepada seluruh Rakyat Perak yang betul-betul sayangkan sebuah kerajaan Islam agar turun berhimpun, menyatakan sokongan kepada Menteri Besar Datuk Seri Nizar terhadap baginda sultan agar baginda dapat menilai semula keputusan yang telah di buat itu.. Insyaallah!

Berserah pada Allah



Sebagai usaha terakhir kita, Insyaallah solat hajat dan bermunajat Perdana bagi menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat akan di adakan malam ini jam 7.30 mlm di Stadium Perak kemudian dipimpin oleh Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Justeru itu, ana sekali lagi menyeru agar mereka-meraka yang berkelapangan bolehlah hadir bermunajjat kepada Allah, Tuhan yang memiliki segala kekuasaan yang berkehendak kepada siapa yang dia kehendaki dan menyentapnya dari siapa yang dia kehendaki..

Moga-moga Usaha Terakhir ini, dapat melembutkan hati-hati yang keras, mereka-meraka yang angkuh lagi sombong dan benci terhadap pemerintahan Islam..

"Bersiap Menuju Kemenangan"
Allahuakhbar!!