Monday, January 26, 2009

JaNgaN CepaT MaRaH!!

Bismillahirrahmanirrahim..
Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Semesta Alam..
Tuhan Yang telah meniupkan roh ke atas setiap makhluk untuk merasai nikmat kehidupan....

Alhamdulillah..
sempat juga aku mencuri masa untuk menulis sedikit sebanyak pengetahuan sekadar berkongsi untuk di manfaatkan bersama..
Sebelum itu, suka untuk aku UcapkaN SELAMAT TAHUN BARU CINA, buat teman-teman yang beragama Budha, dari seluruh pelusuk Tanah air yang sedang merayakan perayaan tahun baru pada hari ini.. "Gong Xi Fa Cai".. semoga memperoleh hidayah dan lebih ceria dalam kehidupan.. =)



Marah adalah suatu sifat yang semulajadi, yang wujud dalam keadaan kita sedar atau tidak sedar.. Tapi, ianya boleh di bendung jika kita sentiasa bergantung harap pada pertolongan Allah..
Rupa ketika marah lebih buruk daripada perlakuan haiwan IMAM Syafie ada menegaskan:

"Marah adalah satu di antara panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya."

Apabila marah dituruti, ia akan membakar kebaikan seperti api membakar kayu dan tiada yang tertinggal kecuali debu. Bagi menghilangkan perasaan marah ada beberapa panduan yang boleh diikuti, iaitu:

1. Perlu berasa malu dengan Allah atas segala tindakan kita. Allah memerhatikan segala tindakan dan sikap biadab kita.

2. Apabila datang perasaan hendak marah, ingatlah kita ini hanya manusia yang hina.

3. Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah supaya Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

4. Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah. Ia mungkin membawa kepada permusuhan dan balas dendam daripada orang yang kita marahi.

5. Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika marah. Ia lebih buruk daripada perlakuan seekor haiwan apabila kita dalam keadaan marah.

6. Apabila datang perasaan marah, banyakkan membaca isti'azah kerana marah itu datang daripada syaitan.

7. Apabila marah sedang memuncak, ambillah wuduk kerana ia dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.


8. Jika marah tidak dapat hilang dengan melakukan perkara seperti di atas, hendaklah tidur. Ini kerana ia dapat meredakan perasaan marah apabila bangkit dari tidur nanti.

9. Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datang daripada Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah?

10. Apabila kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Begitu juga dengan orang lain yang melakukan kesilapan, tidak suka dimarahi, sebalik ditegur secara baik.

11. Satu cara lagi, apabila marah datang, sedangkan kita berdiri, duduklah. Apabila duduk, bersandarlah. Insya-Allah marah akan mula reda.

Jangan Kamu Marah! Hadith :

Sesungguhnya kemarahan akan mengumpulkan segala keburukan. Reaksi seorang yang sedang marah dapat dilihat pada wajah dan anggota badannya seperti warna mukanya bertukar merah, urat-urat lehernya menegang, tubuh badan seakan-akan menggigil kerana geram, suara menjadi nyaring manakala lidah mula mengeluarkan perkataan yang buruk sama ada mengutuk atau mengeji. Ada kemungkinan patah-patah perkataan itu berupa penghinaan atau yang seumpama dengannya yang haram diucapkan termasuklah menuduh orang lain sebagai kafir dan lai-lain.

Selain itu, seseorang itu juga akan melakukan perbuatan yang di luar kawalannya sendiri seperti memukul, menumbuk, menampar dan sebagainya. Semua ini berkemungkinan akan mendorong kepada perbuatan yang menyakitkan orang lain yang akhirnya mewujudkan permusuhan dan kebencian di antara satu sama lain. Justeru walaupun sifat marah adalah sifat semula jadi manusia namun sebagai seorang Muslim kita hendaklah berusaha untuk menjauhkan diri daripada segala sebab yang menyebabkan kemarahan.

Tak guna ada mata kalau tak dapat melihat.Tak guna ada hati kalau tak tahu menilai..... .. "

Monday, January 19, 2009

TaHniaH YB WahiD Endut



Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah.. Syukur pada Allah..
Rasanya belum terlambat untuk ana merakamkan Ucapan Tahniah yang tidak terhingga kepada Parti Islam Semalaysia(PAS) yang telah berjaya memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu P36 dalam pilihanraya kecil baru-baru iNi menewaskan rakan dari Parti Barisan Nasional..

Tahniah juga buat Calon PAS dan Pakatan Rakyat iaitu YB Abdul Wahid Endut yang terkenal dengan sikap mesra rakyat dan Caknanya kerana berjaya maraih sokongan serta mendapat undi mejoriti daripada penduduk bagi kawasan Kuala Terengganu sehingga berjaya membawanya ke Parlimen..

KemeNangan ini juga sekaligus dapat mengurangkan satu Kerusi Parlimen buat Calon Barisan Nasional malah telah menambah kerusi kepada calon Pakatan Rakyat yang sekarang ini seramai 83 orang..

Alhamdulillah.. Berkat usaha dan doa dari seluruh jentera-jentera parti yang telah bertungkus lumus siang dan malam serta telah berkampung selama beberapa hari di Kuala Terengganu.. Akhirnya, ianya di balas dengan Kemenangan oleh Allah..

Ana juga tertarik dengan kata-kata amanat yang di sampaikan YB Wahid Endut kepada media sejurus Keputusan di umumkan yang mana beliau mengatakan, syarat utama yang memenangkan PAS di Kuala Terengganu adalah dengan " MenjaGa Hubungan Dengan Allah"...

Syarat ini diharapkan bukan sahaja sekadar untuk menang pilihanraya.. Tetapi ianya hendaklah diteruskan oleh semua Saf kepimpinan dari peringkat akar umbi sehingga Tertegaknya Islam di Bumi Malaysia..

Semoga Allah merahmati dan mengampuni segala kelemahan kita semua dalam apa jua tindak tanduk yang telah kita lakukan selama ini..

Mudah-mudahan, Allah memberi kekuatan kepada YB Abdul Wahid untuk menyampaikan suara rakyat bagi kawasan kuala Terengganu ke Parlimen dan seterusnya menjalankan khidmat yang terbaik untuk kawasan yang di menangi itu..

Allahuakhbar!!

Saturday, January 10, 2009