Thursday, July 30, 2009

Mengenang Kembali, Zaman Tekanan Terhadap Gerakan Islam.

SELEPAS demonstrasi mahasiswa tahun 1974, ketika itu Anwar Ibrahim dalam tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), pucuk pimpinan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) jatuh ke atas bahu Ustaz Fadzil Nor, ketika itu seorang pensyarah agama di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Jalan Gurney.

Pada masa itu Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang dipimpin Asri Muda, berada dalam Barisan Nasional. Obor panji-panji gerakan Islam ketika itu dipegang oleh ABIM. Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno) yang mengetuai Barisan Nasional pula sedang bergolak. Kepimpinan Razak Hussein sedang dicabar oleh Harun Idris. Pemergian beliau menjadikan keadaan politik bertambah buruk. Hussein Onn mewarisi masalah politik ini.

PAS pula yang selesa berada dalam Barisan Nasional sudah dijauhi oleh anak-anak muda khususnya mahasisiwa. Bagi mereka yang jemu dengan politik Barisan Nasional memikirkan bahawa pembaharuan politik hanya ada pada Islam.

Sosialisme sudah tidak menarik bagi anak-anak muda Melayu. Kegagalan kerajaan-kerajaan sosialis memberi kemakmuran kepada rakyatnya dan sifat mereka yang menindas di Indonesia, Mesir dan lain-lain negara mendorong anak-anak muda Islam melihat kembali kepada agamanya.

Kerajaan sosialis Mesir menindas Ikhwanul Muslimin. Di Indonesia, kerajaan Suharto menekan Majlis Syura Muslimin Indonesia (Masyumi).

Di atas platfom ABIM, anak-anak muda melancarkan perjuangan gerakan Islam. Di kampus-kampus, perbincangan diadakan dengan mewujudkan kumpulan-kumpulan kecil yang berpusat di surau-surau asrama. UTM, Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Institut Teknologi Mara (ITM) menjadi tempat timbulnya pergerakan baru ini.

Dalam kesibukan bekerjanya, Ustaz Fadzil turut berkempen memperjuangan usaha membebaskan Anwar daripada tahanan ISA.

Tidak bebas bergerak

Anak-anak muda di kampus ini tidak bebas bergerak. Walaupun mereka berjaya mendapat sokongan mahasiswa melalui gerak kerja tersusun hingga menguasai Persatuan Mahasiswa Islam dan Persatuan Mahasiswa Universiti, aktiviti mereka ditekan. Antara tindakan pihak berkuasa ialah memindahkan Ustaz Fadzil ke Sabah untuk mengurangkan kesan perjuangannya.

Pada tahun-tahun akhir 1970-an itu, Umno yang di dalamnya tetap bergolak mempunyai cita-cita untuk merampas Kelantan daripada PAS. Seorang pemimpin muda Umno yang bercita-cita tinggi turut ingin membuktikan kewibawaannya dengan projek bagi menawan kembali Kelantan. Umno sebagai rakan kerajaan campuran dalam Barisan Nasional Kelantan yang dipimpin PAS tidak berpuas hati dengan kedudukannya.

Pemimpin muda itu ialah Razaleigh Hamzah yang bercita-cita untuk menjadi Presiden Umno sedangkan Hussein memberi laluan kepada Mahathir Mohamad. Mengapa kalau Umno percaya kepada kepentingan Melayu dan perpaduannya tidak komited untuk mempertahankan PAS dalam Barisan Nasional? Mereka mencari peluang untuk mendapatkan kembali Kelantan.

Peluang itu terbuka apabila dalam PAS, yang ketika itu sudah selesa berada dalam kerajaan berlaku rebutan kedudukan bagi jawatan Menteri Besar Kelantan.

Peluang inilah yang diambilnya. Mereka menyokong pihak yang menentang pucuk pimpinan PAS. Biasalah dalam politik, memecahkan pihak lawan dengan mengadu-domba. Hussein dan Razaleigh menyokong Mohamad Nasir untuk menentang ketuanya, Asri. Oleh kerana PAS tidak mahu tunduk, Barisan Nasional melalui Umno menendang keluar PAS.

Maka berlakulah kekecohan dalam politik Kelantan tetapi akhirnya setelah semuanya selesai, PAS mendapati dirinya menjadi pembangkang, bukan saja di peringkat Persekutuan, tetapi juga di Kelantan.

Tetapi yang menjadi Menteri Besar bukannya daripada kalangan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) pimpinan Mohamad Nasir, parti yang menggantikan PAS dalam Barisan Nasional. Setelah melalui pilihan raya negeri yang didahului dengan darurat, Kelantan berjaya dirampas oleh Umno.

Ketika PAS berada di luar Barisan Nasional, tekanan terhadap gerakan Islam meningkat. Berapa banyak pemimpin PAS yang ditahan ISA sejak parti itu keluar daripada Barisan Nasional? Penyusunan semula terhadap gerakan Islam berlaku selepas PAS ditendang keluar. Ia muncul sebagai wadah gerakan Islam yang utama.

Di bawah pimpinan Allahyarham Yusof Rawa, Ustaz Fadzil Nor dan Ustaz Hadi Awang, PAS meredah onak dan duri yang ditaburkan oleh Umno.

Tidak semua yang dapat tahan mengharungi kesusahan-kesusahan yang ditanggung oleh PAS sebagai gerakan Islam yang ditekan oleh Umno yang memiliki jentera kerajaan.

Pada tempoh tahun-tahun 80-an, PAS dan Umno masing-masing tetap bergolak. Asri yang keluar PAS untuk memimpin Hizbul Muslimin Malaysia (Hamim) pada mulanya membawa partinya ke dalam Barisan Nasional akhirnya menyertai Umno itu sendiri.

Tokoh PAS seperti Nakhaie Ahmad dan Suhaimi Said juga menyertai Umno. Pada masa itu, ABIM sudah lama menyokong Umno mengikut jejak Anwar yang berjaya mencapai satu tahap lagi untuk menjadi presiden parti tersebut.

Tetapi di pihak Umno, pergolakan lebih hebat. Ia berpecah dua menjadi Umno Baru dan Semangat 46. Razaleigh yang berjaya merampas Kelantan untuk Umno akhirnya mengembalikan negerinya kepada PAS melalui Angkatan Perpaduan Ummah pada tahun 1990.

Maka Ustaz Nik Aziz Nik Mat menjadi Menteri Besar Kelantan. Antara program pertama beliau selepas menjadi ketua kerajaan negeri itu ialah mengunjungi pusara Allahyarham Ibrahim Libya di Memali, Baling, Kedah. Ini kerana peristiwa Memali merupakan simbol tekanan yang diterima oleh gerakan Islam negara ini khususnya PAS.

Perjuangan PAS penuh dengan keperitan dan pengorbanan dan matlamatnya bukan untuk membawa pemimpin-pemimpinnya tinggal di banglo-banglo Putrajaya atau memandu Mercedes. PAS adalah gerakan Islam untuk rakyat tertindas dalam perjuangan mencari keredaan Ilahi.

Penulisan Asal.

Abu Firdaus
Wed | Jul 22, 09
-Harakah-

Wednesday, July 29, 2009

Mohon Fatwa Segera Tentang ISA!!


PETALING JAYA: Mantan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini menggesa agar Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa mengenai ISA.
Ini adalah kerana, menurut beliau, isu ini telah berulang kali diminta oleh Umat Islam agar dilihat di sudut agama.


"Namun fatwa itu hendaklah adil, bebas dari keterikatan dengan mana-mana pihak, dibahaskan secara saksama dengan kehadiran pakar perundangan, pihak berkuasa dan mangsa.
"Juga ahli-ahli politik yang bersetuju dan yang membantah perlu dijemput memberikan pandangan," kata Dr Asri melalui sebuah kiriman emel dari Lampeter, United Kingdom.
Katanya lagi, penilaian adil perlu untuk panduan kerajaan.


"Malanglah jika isu-isu pinggiran dibincangkan sedangkan isu-isu besar yang membabitkan kepentingan umat ditinggalkan. Majlis Fatwa Kebangsaan menggunakan wang awam, maka pastikan faedahnya balik kepada awam secara jelas. Mesyuarat yang biasanya berlangsung di hotel-hotel yang hebat itu perlu mengeluarkan pandangan-pandangan yang hebat untuk kemaslahatan umum," kata tokoh agama yang sering melontarkan pandangannya tentang isu agama dan semasa.Jelasnya lagi, hari ini rakyat memberi berbagai pendapat tentang ISA.

Dua kumpulan iaitu Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) iaitu (anti-ISA) dan Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) - (Pro-ISA), masing-masing bercadang mengadakan perhimpunan menyokong dan membantah ISA pada hari Sabtu ini, 1 Ogos di ibu negara.
GMI bercadang untuk mengadakan perhimpunan membantah ISA pada 1 Ogos ini dan pada masa yang sama, Magaran yang dianggotai Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Perkasa dan beberapa badan-badan gabungannya turut bercadang untuk mengadakan perhimpunan menyokong akta itu. Jika kedua kumpulan inimeneruskan hasrat mereka, masing-masing menyasarkan penyertaan 100,000 orang pada perhimpunan yang dijadualkan berlangsung di Masjid Jamek, Kompleks Sogo dan Masjid Negara sebelum berarak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi meminta campur tangan baginda mendesak kerajaan memansuhkan ISA.


Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman menyifatkan kedua-dua perhimpunan itu yang masing-masing membantah dan menyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai perhimpunan haram kerana pihak polis tidak mengeluarkan sebarang permit untuk tujuan itu atas sebab keselamatan dan ketenteraman awam.


Melihat perkembangan yang tidak sihat ini, Dr Asri terpanggil untuk memberi pandangan beliau tentang isu ISA ini lagi, "Berikan pandangan para mufti pula. Masakan mungkin mereka tidak peka, sedangkan semua rakyat berbicara. Saya secara peribadi semasa menjadi mufti telah mengeluarkan pandangan dalam bulan Ramadhan lepas di Perlis, Kelantan, Kuala Lumpur dan berbagai tempat."Media tempatan telah berulang kali menyiarkannya. Kali ini kita menuntut pandangan rasmi agensi agama kerajaan pusat pula," kata Dr Asri yang dijangka kembali ke tanah air tidak lama lagi setelah setahun membuat pengajian mendalam tentang hadith di UK.

Monday, July 27, 2009

Jayakan Himpunan ISA!!


1 OGOS 2009.. tarikh keramat yang akan menyaksikan satu lagi siri perhimpunan aman yang dianjurkan oleh Gabungan Mahsuhkan ISA (GMI) untuk menggesa kerajaan agar di mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) yang dilihat tidak relaven lagi dan sama sekali bercanggah dengan hukum syarak..


Perhimpunan ini akan menyaksikan ratusan ribu manusia yang terdiri dari pelbagai kaum serta hadir dari seluruh pelusuk tanah air berkumpul dengan bertemakan pakaian hitam dan merah sebagai tanda protes kepada kerajaan yang memerintah.


Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh dalam kenyataan terbarunya menegaskan bahawa, Perhimpunan ini akan tetap dilangsungkan secara aman walaupun terdapat provokasi, desakan dan hasutan supaya ianya dibatalkan. Dalam pada itu, perhimpunan ini juga akan dimaklumkan kepada Kementerian Dalam Negeri dan GMI juga dalam usaha untuk meminta kerjasama yang baik daripada pihak Polis agar kelancaran perhimpunan ini dilihat dalam suasana yang aman. Perhimpunan ini akan dimulakan pada jam 2 petang dan lokasi untuk berkumpul adalah di Masjid Negara, SOGO, dan Masjid Jamek.. Perarakan seterusnya akan berjalan menuju ke Istana Negara dan Memorendum Bantahan Dan Tuntutan Mansuhkan ISA akan diserahkan kepada ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yang DiPertuan Agong.
Justeru itu, seruan saya untuk sahabat-sahabat, agar sama-sama kita jayakan perhimpunan ini ke arah memastikan ISA dimahsuhkan segera oleh Kerajaan..
"Perhimpunan ini bukan untuk menampakan kita sebagai hero jalanan atau semangat berpolitik yang membabi buta.. Tetapi, untuk Mencetuskan Resolusi bahawa kita adalah Rakyat yang benci kepada Akta Yang Zalim"!!!



"Bersiap Menuju Kemenangan"
Allahuakhbar!!

Saturday, July 25, 2009

Yasmin Ahmad Meninggal Dunia



Al-Fatihah... pagi tadi kita dikejutkan dengan kehilangan seorang pengarah filem tanahair yang terkenal, yang banyak melahirkan filem-filem menarik yang penuh kontrovesi..

Ikuti berita penuh di bawah :


Pengarah filem dan iklan yang terkenal Yasmin Ahmad, 51, telah meninggal dunia setelah dilaporkan tenat awal malam ini.Pemergian Yasmin, seorang pengarah yang mengangkat perfileman negara mutakhir ini bersama kontroversinya sendiri, diumumkan dalam berita tengah malam TV3 sebentar tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira 11.25 malam ini di Hospital Pakar Damansara, lapor Bernama, yang memetik pengesahan daripada ketua pegawai operasi Media Prima, Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan yang berada di situ.Khamis lalu, Yasmin dikejarkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital swasta itu setelah diserang angin ahmar kira-kira jam 4.30 petang di stesen TV3.

Beliau waktu itu berada di Sri Pentas untuk berjumpa dengan Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dan suaminya Datuk Khalid Jiwa apabila beliau dilaporkan menghadapi kesukaran bernafas dan pengsan.Siti Nurhaliza, duta Persatuan Bulan Sabit Malaysia, dilaporkan turut memberikan bantuan penafasan (CPR) kepada Yasmin bersama dengan seorang doktor panel stesen tersebut.

Di hospital pakar itu, para doktor dilaporkan berjaya menstabilkan beliau sebelum membuat pembedahan otak kira-kira jam 6 petang hari yang sama.Filem-filemnya Sepet, Gubra dan Mukhsin cukup terkenal, termasuk di di luar negara dan menggondol beberapa anugerah di beberapa festivel filem antarabangsa seperti di Berlin, San Francisco, Singapura dan Cannes.


(Malaysiakini).

Friday, July 24, 2009

Kampus UiTM Shah Alam DiTuTuP SeMentara!


Baru beberapa hari, media massa dan eloktronik telah melaporkan tentang penutupan Uitm Melaka, Uitm Dungun, dan Uitm Permatang Pauh ditutup baut sementara waktu, hari ini Uitm Shah Alam pula telah di umumkan sebagai universiti seterusnya yang terpaksa di tutup buat sementara waktu akibat serangan virus H1N1 yang semakin menular sejak kebelakangan ini. Penularan wabak selsema babi ini sudah berlarutan beberapa bulan yang lalu, dan kebanyakkan pesakit yang mengalaminya adalah mereka-mereka yang baru pulang dari melancong.


Justeru itu, saya berharap agar pihak berwajib khususnya Kementerian Kesihatan segera mengambil tindakan yang drastik agar penularan wabak H1N1 ini tidak menjadi lebih serius.

Kepada rakan-rakan yang berada di Uitm Shah Alam, bersegeralah untuk pulang.. dan pastikan.. kepulangan itu tidak membawa bersama virus tersebut!! haha.
"Back To Quran"
Allahuakhbar!