Tuesday, March 24, 2009

taHniaH YB NizaR

Alhamdulillah..
Dengan izin dan kehendak Allah, upacara Pengistiharan Calon Parlimen (P059) Bukit Gantang yang diadakan semalam dapat dilangsungkan dengan baik dengan kehadiran puluhan ribu penyokong-penyokong Pakatan Rakyat yang datang memberi sokongan walaupun majlis berkenaan dihalang oleh golongan-golongan manusia yang tidak suka kepada parti Islam..

Partamanya, ana merakamkan tahniah kepada Dato' Seri Nizar Jamaluddin kerana telah mendapat mandat dan restu dari pimpinan-pimpinan tertinggi parti untuk menjadi calon bagi Parlimen Bukit Gantang tersebut..



Semoga Allah memberi kekuatan kepada beliau dan seluruh jentera-jentera parti dalam menghadapi Pilihanraya ini..



JoM saMe-saMe kita turun ke Hari Penamaan Calon..!

Allahuakhbar!

Monday, March 23, 2009

Apa PeraNcaNgan Mereka!!

Mutakhir ini, kita melihat begitu banyak serangan-serangan dari pihak Pakatan Rakyat, individu, dan ahli-ahli profesional terhadap calon Presiden UMNO dan juga bakal Perdana Menteri Malaysia ke-6 iaitu Dato Seri Najib Tun Razak menjelang pemilihan Agung UMNO hujung Mac ini..


Serangan-serangan yang dilancarkan ini lebih berbentuk peribadi yang melibatkan masalah-masalah dalaman yang masih belum terbukti kesahihannya.. Baru-baru ini, di dalam dada-dada akhbar kita melihat bagaimana bekal Senator Dewan Negara iaitu Dato Zaid Ibrahim telah menyuarakan hasrat untuk menghantar memorendum kepada DYMM Tunku Yang DiPertuan Agong untuk tidak memperkenan Dato Seri Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6 bagi mengantikan Pak Lah pada hujung mac ini.

Perkara ini turut diulas oleh Pakar Perlembagaan negara iaitu Prof Dr Aziz Bari dalam akhbar Harakah edisi terbaru yang mengatakan bahawa DYMM Agong berkuasa mutlak untuk tidak melantik DS Najib sebagai PM Malaysia.. Seperti yang berlaku di negeri Terengganu dalam pasca pilinraya ke-12 baru-baru ini, menteri besar yang di cadangkan oleh Presiden UMNO, Dato Seri Abdullah Badawi iaitu Dato seri Idris Jusoh tidak mendapat perkenan oleh baginda Sultan dan akhirnya Sultan Terengganu telah memutuskan untuk melantik Dato Ahmad said sebagai menteri besar yang baru.
Perkara ini dilihat serius bahawa kedudukan Istana tidak boleh dianggap remeh dan main-main..

Tapi kenapa Tun Dr Mahathir begitu sensatif apabila masyarakat menolak Najib??



Tun dilihat begitu MaRaH apabila ada pihak yang menyerang DS Najib samada secara terang ataupun tersembunyi.. Seperti yang beliau ulas dalam kenyataannya baru-baru ini telah mengatakan bahawa dato Zaid Ibrahim seolah-olah seperti katak yang tidak tahu apa-apa.. Sebenarnya, apa agenda mereka?? kenapa Tun begitu yakin dengan kepimpinan DS Najib??

Adakah Tun akan kembali berkuasa selepas ini atau adakah DS Najib akan menjadi boneka kepada beliau?? ini persoalan yang bermain di mulut-mulut masyarakat umum hari ini.. Sebenarnya ramai yang tidak yakin dengan DS Najib malah Tuan Guru Dato' Nik Aziz selaku Mursyidul AM Pas sendiri meminta agar DS Najib membersihkan namanya dari segala tohmahan masyarakat termasuk dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Sharibuu yang dikaitkan dengan beliau.. Semua orang mengetahui.. dan saya merasakan memang wajar DS Najib berbuat apa yang disebutkan oleh TGNA itu..

sama-samalah kita tunggu.... Semoga Allah mengetahui dan menghalang segala Apa jua perancangan Jahat yang tersembunyi di kalangan orang-orang yang Zalim!!

"Bersiap Menuju KemenaNgan IslaM"
Allahuakhbar!!

Malaysia NegaRa DeMokrasi??

MaraH!!
inilah perasaan bila dapat mengetahui bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menggantung permit akhbar pembangkang berpengaruh Harakah dan Suara Keadilan - masing-masing selama tiga bulan.

Tindakan mengejut ini menghalang keberkesanan kempen kedua-dua parti bagi menghadapi tiga pilihanraya kecil pada 7 April ini - kawasan parlimen Bukit Gantang di Perak, DUN Bukit Selambau di Kedah dan DUN Batang Ai di Sarawak.



Surat penggantungan Suara Keadilan itu dialamatkan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kira-kira 5 petang ini yang berkuatkuasa serta-merta.

"Dukacita dimaklumkan bahawa kementerian ini telah membuat keputusan untuk menggantung permit penerbitan akhbar Suara Keadilan selama tempoh tiga (3) bulan berkuatkuasa serta-merta," surat KDN dipetik.

Bagaimanapun menurut surat yang dikeluarkan oleh setiausaha bahagian Unit Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN Che Din Yusoh tidak memberi sebarang alasan tindakan tersebut.

Suara Keadilan edisi krisis politik di Perak pertengahan bulan lepas menjadi sasaran rampasan KDN.

Hampir 20,000 naskhah edisi 4-11 Februari dengan laporan "Perak cabar SPR ke mahkamah" dirampas di seluruh negara.

Ketua Penerangan PKR Tian Chua berkata, rampasan itu disifatkan sebagai satu operasi tersusun KDN apabila jualan Suara Keadilan melonjak pengedarannya kepada 150,000 naskhah setiap minggu.

Rampasan KDN mula dirancakkan ketika pilihanraya kecil Kuala Terengganu, pertengahan Januari lalu.