Wednesday, June 10, 2009

Islam Memimpin Perubahan

Alhamdulillah...


Muktamar Pas Ke-55 telah beberapa minggu selesai dan telah berjaya dilangsungkan dengan baik.. Tetapi hati ini masih merasa untuk berkongsikan kegembiraan yang mungkin tidak ana lupakan ketika menjejakkan kaki ke Shah Alam..


Murtamar ini merupakan satu sesi penting bagi sesebuah parti gerakan Islam untuk seluruh ahli dan kepimpinan bermuhasabah kearah membetulkan segala kelemahan yang terdapat di dalam parti dan seterusnya dilaksanakan dengan baik pada masa akan datang..






Stadium Melawati Shah Alam... Tempat dimana berlangsungnya muktamar Pas pada 5-7 Jun baru-baru ini... Merupakan julung-julung kalinya ianya dapat diadakan di dewan yang cukup menarik, selesa dan mempunyai pelbagai kemudahan setelah 55 tahun Pas ditubuhkan..

Disinilah juga, pelbagai isu telah dibahas dan dibincangkan demi kebaikan ummat Islam khususnya di Malaysia..


Penuh... Gambaran di dalam stadium yang boleh memuatkan hampir 15 ribu orang... Di pentas utama kelihatan para pimpinan-pimpanan tertinggi Pas dan dibawahnya pula adalah barisan kepimpinan yang dipilih daripada peringkat cawangan seluruh Malaysia.

Mantap!! ucapan penangguhan oleh TG Dato Seri Presiden pada hari terakhir Muktamar..

Beliau banyak meyentuh berkenaan ujian-ujian yang terdapat di dalam sesebuah Parti Islam. Dalam gerakan, akan ada berbagai rasa seperti manis, pahit dan tawar. Maka, setiap ahli wajib untuk sama-sama merasai kesemua rasa ini sebagai satu ujian kepada tarbiah diri. Ahli yang sabar akan diberi tempat dan nikmat yang baik. Tetapi ahli yang selama ini tidak thiqah, wala' dan cepat melenting, akan ditonjolkan akhlak mereka yang buruk itu. Maka bersabarlah, seperti mana firman Allah dalam (surah al-imran ayat 200)

"wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah dan perkuatkan kesabaran kamu dan takutlah pada Allah.. Sesungguhnya kamu akan tergolong dikalangan orang-orang yang beruntung"

Ribuan manusia yang hadir dalam ceramah Umum yang dianjurkan oleh jawatankuasa pengelola Muktamar di stadium Melawati Shah Alam. Membariskan tokoh-tokoh Ulama' yang tidak asing lagi iaitu TG Dato' Nik Aziz Nik Mat (Mursyidul AM PAS), TG Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang (Presiden PAS), Tan Sri Khalid Ibrahim(Menteri Besar Selangor) dan Dr Marwan (wakil Hamas yang juga merangkap Pengerusi Majlis Ulama' Palestin serta Ahli Parlimen dari Hamas di Dewan Parlimen Palestin)..

Inilah Wajah-wajah pimpinan utama yang hadir dalam ceramah Umum tersebut.. Dari kiri TGNA, Tan Sri Khalid dan Dr Marwan..

Laungan Takbir yang cukup kuat bergema apabila pengerusi majlis memberi laluan kepada Wakil Hamas untuk menyampaikan ucapan. Beliau banyak meyentuh berkenaan kisah-kisah perjuangan rakyat Palestin terutama di Gaza yang tertindas oleh tindakan kejam serta tidak berperikemanusiaan oleh Israil dan sekutu-sekutunya.. Beliau juga menyahut seruan jihad kepada seluruh masyarakat Islam di dunia agar sama-sama bangkit mempertahankan Masjidil Aqsa yang sentiasa dikepung oleh tentera-tentera yahudi laknatullah.. Setakat hari ini mereka juga telah pun berjaya mengali terowong di bawah masjid berkenaan bagi merosakkan struktur utama masjid Al-Aqsa..

Penulis dan sahabat-sahabat bergambar kenangan berlatarkan pemandangan pagi di Stadium Utama Shah Alam, bersebelahan stadium melawati Shah Alam.. Inilah pertama kalinya ana meletakkan kaki di kawasan komplek sukan Selangor Darul Ehsan.

Tak dapat nk digambarkan.. seronok sungguh berkampung disana..

Akhirnya, ana merakamlan tahniah kepada keseluruhan yang hadir dan didoakan agar perjuangan PAS dapat diteruskan dengan lebih cemerlang..

"siru ala baraqatillah"

Allahuakhbar!