Saturday, September 12, 2009

Misi Memburu Lailatul Qadar.

Alhamdulillah.. Rafat setinggi-tinggi syukur dan terima kasih pada Allah.. Aku masih diberi kekuatan, ditiupkan roh untuk hidup dan menulis seterusnya yang paling penting dapat menikmati keberkatan beribadat secara amal jama'e dalam meniti malam-malam akhir Ramadan..

Ramadan kini berada dikemuncak.. Yang disebut oleh nabi sebagai fasa It'qun Minan'nnar iaitu (pelepasan dari api neraka).. Jika kita meneliti kitab-kitab sirah (perjalanan hidup nabi s.a.w), tentu sekali kita dapat melihat bagaimana bersungguhnya nabi pada malam-malam akhir ramadan ini beriqtikaf serta berqiamulail bersama-sama para sahabat pada 2/3 waktu malam terakhir. Ada juga yang menyebut nabi s.aw pada penghujung ramadan "ikat kain" dengan maksud tidak mengauli isterinya kerana bimbang sekiranya tidak tersedar untuk qiam di malam hari...

Sepertimana yang kita semua maklum, ramadan ini bulan special untuk umat Islam khususnya.. Kerana padanya terdapat satu malam yang disebut sebagai "lailatul Qadar"..

"Sesungguhnya kami telah menurunkan (Al-Quran) pada malam qadar, Dan tahukah kamu apakah malam kemulian itu?, malam kemulian itu lebih baik dari seribu bulan, pada malam itu turun para malaikat dengan ruh (jibril) dengan izin tuhannya untuk mengatur semua urusan, sejahteralah malam itu sampai terbit fajar"
(Al-Qaqr : ayat 1 - 5)

Memburu lailatul Qadar


Bermula saat-saat 10 malam terakhir lepas, aku menerima sms daripada sahabat-sahabat untuk jemputan qiam bersama-sama di masjid seterusnya mengisi slot kuliah subuh pada setiap pagi akhir ramadan. Insyaallah jawabku dengan harapan dapat membina kekuatan berjamaah dan memperkukuhkan ukhwah dikalangan sahabat-sahabat disamping menjadikan saat-saat ini sebagai medan tarbiah yang paling besar ganjarannya.

Bermacam-macam ragam dan peragai yang dapat aku lihat terutamanya pada malam-malam ganjil yang berlalu.. Ada yang berkata "Alhamdulillah, malam ni malam qadr.. cuaca sekitar pun sejuk dan lain macam je".. ada plak yang menyampuk "eh.. belum lagi laa.. sebab ana rasa macam biasa jea".. Masing-masing bercakap diatas pengalaman lepas dan bersandarkan pada cerita orang-orang disekeliling.. Semua itu tidak mustahil, kerana Al-Qadr ini merupakan rahsia Allah.. Tiada suatu pun makhluk yang dapat menentukan kejadiannya melainkan dengan izin Allah. Apa pun, kita perlu untuk memburunya!!

Dalam keseronokan menikmati keberkatan berqiamullail bersama sahabat-sahabat disini.. Timbul persoalan di pemikiranku tentang keadaan sahabat-sahabat yang lain..
- adakah mereka juga sedang berqiam??
- adakah mereka juga memburu Al-Qadr??
- adakah mereka juga sedang memanfaatkan malam-malam akhir ramadan??

atau....
- adakah mereka masih berselimut??
- adakah mereka masih leka dengan maksiat sehingga lupa pada Al-Qadr??
- adakah mereka langsung tidak tahu apa-apa tentang Al-Qadr??

Di mana pun kalian, aku bersangka bahawa kalian mungkin lebih jauh menikmati keseronokan ibadat berbading aku.. Bagi yang belum tersedar, aku mengharapkan agar kalian sedar dan turut serta dalam Memburu Al-Qadr..

Mungkin ini adalah ramadan terakhir bagi kita!!

Haha.. tengok!! Alya (anak buah aku) pun tidak ketinggalan untuk
persiapkan diri dalam memburu Al-Qadr.. Kalian bagaimana??

"Siru Ala Barokatillah"

Allahuakhbar!!

No comments: