Thursday, August 20, 2009

Mensyukuri Nikmat Ciptaan Allah.

Seringkali dalam perbualan, aku ditanya.. "sheikh, ana nie boring+bosan la.. Duk sorang2 dan tak tahu nak buat ape.. dah la tak ensem.. hehe.. kdg2 jeles tgk orang-orang muda kt luar, yang hidup bercouple.. pg sana sini berpimpin tangan.. naik moto berpelukan"... "dah tu, enta nak hidup macam tu ker? ermm.. boleh.. nnt ana tolong usya utk enta" jawab aku sambil tersenyum.. "ehhh.. tak nak la g2.. ana just joke jew.."haha.. cm nk share da... hehe..

Kadang-kadang aku tak salahkan mereka-mereka yang bertanya ini.. Sebab ianya sudah menjadi fitrah dalam diri seseorang itu untuk hidup bahagia, dalam ruang lingkup ingin berteman, dikasihi, mengasihi, dibelai, disokong, dipuji dan di ambil perhatian.. Sama juga dengan apa yang penah aku rasakan.. Cuma, Islam menekankan bahawa setiap sesuatu perkara itu mestilah disertakan dengan niat dan caranya perlu betul.. Niat itu kena ikhlas manakala cara pula kenalah mengikut syariat yang telah digariskan dalam Al-Quran dan Sunnah. Syariat mengharamkan sesuatu pergaulan bebas yang boleh cenderung kepada zina.

Hari ini rata-rata dikalangan kita berfikiran bahawa.. "tak mengapa sekiranya aku berpewatakan begini".. "tak salah pun kalau aku jadi begini".. "tak kesah la, asalkan aku ikhlas".. Sebenarnya, semua perkataan dan perbuatan itu melambangkan akhlak. Akhlak yang baik, bermula dari didikan yang baik.. Tapi semua itu juga adalah bersandarkan kepada niat yang betul-betul mengharapkan redha dari Allah. "Semoga Allah merahmati aku"!

Dalam berbicara tentang akhlak dan perbuatan ini, suka untuk aku membawa sahabat sekalian untuk mengenangkan kisah seorang sahabat yang hidup dalam suasana yang tidak begitu sempurna (kesempurnaan dari anggota tubuh badan).. Dilahirkan sebagai golongan kurang upaya dan tidak sesempurna seperti manusia biasa yang normal. Hidupnya sering terhalang untuk melakukan susuatu aktiviti yang diluar kemampuannya.. Sedangkan kita nie, boleh berlari kesana sini, melompat walaupun tak disuruh dan terbongkang tak tentu pasal.. Sebagaimana firman Allah :

"sesungguhnya aku telah jadikan manusia dalam bentuk yang sebaik-baikny a"
(At Tin: 4)


Apapun, sahabat ini sentiasa bersyukur serta mempunyai matlamat untuk hidup sebagai manusia yang berguna. Dia ni juga, bersungguh-sungguh berusaha untuk memanfaatkan segala apa yang ada untuk meletakkan diri sebagai orang yang terbaik.. Baik dari segi akhlak dan tingkah laku.. Tetapi, bagaimana pula dengan kita ni yang normal yang diberi banyak nikmat, kemudahan dan kesempurnaan oleh Allah?? Bersyukur or tidak?? masing-masing boleh bermuhasabah....
Firman Allah taala :

"Ketahuilah! sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas.. Kerana dia melihat dirinya sentiasa cukup.."

(Al Alaq: 6-7)

"Ya Allah, Semoga kehadiranku di muka bumi ini dapat menguatkan aku dan menjadi contoh kepada manusia yang lain".. Amin.




Tuesday, August 18, 2009

Kisah Remaja Zaman Moden : Berzina Kerana Ikhlas??

Lama aku tak menjengok ke blog sahabat-sahabat mahupun membaca news terbaru dari akhbar-akhbar... Erm.. Apa pun, Syukur.. Sebab pagi ni, berkelapangan untuk membuka internet dan melihat sedikit sebanyak isu-isu yang berlaku dalam sari dua nie...

Dalam duk bace artikel-artikel ulangan, aku tertarik untuk kongsi, bawak dan ajak sahabat-sahabat memahami dan memberi pandangan terhadap satu gejala yang melanda remaja mutakhir nie... (Artikel asal aku edit dari blog tok penghulu dalam web Tranungkite).. Harap sahabat-sahabat baca... =)

Seorang remaja yang menamakan dirinya Yang Ikhlas telah menghantar satu surat kepada Dr Danial Zainal Abidin baru-baru ini. Antara isi surat itu ialah:

Dr. Danial yang dihormati. Saya telah bercinta dengan seorang wanita. Demi cinta kami telah berzina. Tetapi saya tidak rasa bersalah sebab saya ikhlas dengannya. Saya hendak mengambilnya sebagai isteri saya. Saya tidak bertujuan untuk mempermainkannya. Rakan-rakan saya mengatakan tindakan saya adalah gentleman. Tetapi saya telah dimarahi oleh orang-orang tua saya. Saya rasa mereka berotak kolot. Apakah pandangan dan nasihat tuan.
JAWAPAN DR. DANIAL

Yang Ikhlas yang dihormati.Saya bersyukur tentang keikhlasan saudara dan saya berharap itulah asas perbincangan kita. Dengan keikhlasan itu jugalah saya menulis jawapan ini kepada saudara.

Dunia pada hari ini sedang dilanda krisis. Satu di antaranya ialah krisis nilai. Krisis nilai inilah yang menjadi sebab keruntuhan Empayar Rom. Edward Gibbon dalam bukunya The History of Decline and Fall of the Roman Empire telah menulis bahawa: Segala dasar-dasar akhlak dan moral di Rom telah runtuh sehingga ramai orang memilih jalan untuk hidup bebas…..Di akhir abad keenam, Kerajaan Romawi Timur sedang berada di ambang keruntuhan yang paling dahsyat sekali!

Nabi datang untuk selamatkan kita dari kehancuran yang seperti itu. Nabi bersabda, Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. (Hadis riwayat Ahmad & Baihaqi)

Nilai akhlak inilah yang merupakan landasan dan kayu pengukur yang penting bagi kita.. Akhlak tidak menghalang kehendak-kehendak fitrah. Ia mencantikkannya. Sebagai contoh, Islam tidak pernah menyuruh kita menutup nafsu seks, sebaliknya menyalurkannya kepada suatu yang murni, selamat dan mendamaikan. Perkahwinan adalah salurannya. Alangkah indahnya firman Allah yang bermaksud: Isterimu adalah ladang bagimu maka datangilah isterimu dengan cara mana yang kamu mahu! (Surah Al-Baqarah ayat 223) Dalam bahasa mudah, selepas berkahwin, puaskanlah nafsumu dengan isterimu sesuka hatimu, melainkan dengan cara yang jelas telah diharamkan kerana kemudaratannya.

Saya harus mengatakan bahawa nilai pada hari ini banyak diasaskan kepada konsep Machiavellianisme yang dipopularkan oleh seorang pemikir dari Florence, Italy yang bernama Niccolo Machiavelli.

Machiavelli, dalam bukunya The Prince telah menekankan konsep the end justifies the means ataupun niat membersihkan cara. Asalkan niat kita baik, berzinalah, menipulah, khianatilah, menyamunlah dan begitulah seterusnya. Semua adalah halal bagi Machiavelli.Laporan akhbar 6 Ogos 1999 juga ada perkaitan dengan krisis nilai ini apabila seorang tokoh koporat berpangkat Datuk, telah menceritakan di mahkamah tentang hubungan seksnya dengan seorang pembaca berita RTM. Beliau mengatakan bahawa niatnya adalah suci kerana bertujuan untuk mengahwininya. Itulah nilai yang sedang melanda dunia sekarang: Seks adalah suci walaupun tanpa perkahwinan!

Memang ada yang mengatakan bahawa pergaulan dan seks bebas ini adalah lambang kemajuan dan kemodenan. Nilai agama dan akhlak adalah kolot. Jika demikian, mari kita perhatikan hasil dan sumbangan seks bebas kepada dunia. Seks bebas telah berjaya merebakkan penyakit AIDS, contohnya di Thailand, sehinggakan akhbar Der Spiegel pernah menjadikan tajuk AIDS in Asia – Killer Epidemic in Sex Paradise (AIDS di Asia – Wabak Pembunuh di Syurga Seks), sebagai tajuk muka depannya. Di California, hampir 61,000 bayi luar nikah dilahirkan pada tahun 1997. Kajian oleh Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Kemanusiaan Amerika mendapati bahawa anak-anak luar nikah ini mempunyai lebih daripada dua kali ganda kemungkinan diserang masalah emosi di dalam hidup mereka, berbanding dengan anak-anak lain (Rujukan: California Teenage Pregnancy Statistics)
.
Kita di Malaysia juga telah dimalukan dengan penonjolan kes pembuangan bayi luar nikah di kalangan remaja-remaja kita. Semua ini bukanlah sumbangan yang membanggakan bagi dunia moden.

Islam menekankan bahawa niat dan cara perlu betul.. Niat kena ikhlas, cara kena mengikut syariat. Syariat mengharamkan zina. Nabi kita bersabda, Selepas dosa syirik kepada Allah, tidak ada dosa yang lebih besar daripada seseorang meletakkan air maninya ke faraj yang tidak halal baginya! (Hadis riwayat Ahmad & Thabrani)
Saya berharap saudara Yang Ikhlas akan kembali ke jalan yang murni berdasarkan agama. Seks bebas dan keruntuhan moral bukannya lambang kemajuan sebaliknya lambang kemunduran dan kehancuran.

Kaum Lut hancur kerananya.Kota Pompei hancur kerananya.Empayar Rom juga hancur kerananya.Justeru, kembalilah ke pangkal jalan.(Semoga jawapan ini juga mendatangkan manfaat kepada mereka yang lain)

Luangkan Masa Seketika. (Siri 1)

Alhamdulillah..
Aku salamat tiba di kuantan.. Setelah beberapa hari melalui perjalanan yang panjang dan cukup memenatkan. Hanya Allah yang mengetahui.. Bermula dari mesej pertama yang aku terima jumaat lalu:

Bos : farid, kita nk bertolak pagi esok 4.30 am tepat. kena ada 2 org sbb nk ke KL, pastu terus ke penang. kemudian hantar ana ke Airport Bayang Lepas, ana ada jemputan ceramah kt Medan.. kmudian enta drive bwk blik kreta ke kuantan.

Aku : ok.

mase tu, aku mula pikir.. erm.. jauh and lame nih.. sedangkan pada sabtu dan ahad, aku kena mengajar kt Akademi.. warghh.. Harap nasrul dapat ganti... hehe.. Tidak lame kemudian aku dihubungi lagi, kali ini oleh ibundaku...

Ma : farid.. Bila nak balik?? Puasa dekat doh nie.. Balik la dlu, mggu depan kak ngah dah nak blik Klang.. nnt lambat plak bleh jumpe..

aku : Insyaallah.. nnt ada kelapangan blik la.. Lg pon skrg tgh sibuk sket.. Krm salam kt semua..

Subhanallah.. hati aku mula bercelaru.. mana satu nak pilih nih.. ermm..
akhirnya aku memilih untuk melalui perjalan yang jauh.. Semoga Allah merahmati!

4.00 am aku memulakan perjalanan bertemankn seorg sahabat bergerak ke balok(ambil Bos) dan kemudiannya trus menaiki lebuhraya menuju ke KL.. Sampai KL, syukur sebab dapat sampai lebih awal dan berehat di Pej Agong walaupun sedikit terkilan sebab selepas itu.. aku tidak di ajak untuk ikut serta ke program perasmian Konvensyen GAMIS 2009.. Arghh.. borink... teruskan tido jela... kebetulan bilik rehat kami ada TV dan siaran ASTRO.. dapat la meneutralkan perasan terkilan td dengan menyaksikan beberapa siaran ulagan EPL.. huhu..

Malamnya, aku diminta meneruskan pemaduan membawa Bos menuju ke Shah Alam (Masjid Al-Munawarrah) untuk kuliah jemputan.. Alhamdulillah, sambutannya baik serta kehadirannya ramai.. selesai kuliah (sekitar jam 8.45 pm).. aku tanya ustaz..
"kita nk balik KL trus ke?..." balik KL apa, ana ada 2 lagi program malam nie.. satu di Masjid KLIA (Perasmian Liqa Pemuda) dan satu lagi di Putrajaya (Kuliah untuk ahli-ahli baru disana).. sekarang kita ke KLIA dulu..."jawab ustaz... huhu.... aku senyum seketika....

sekitar jam 3 pagi.. kami selamat balik semula ke Pej Agong, dapat gak berehat dan menunaikan hak kepada mata (tidur)... warghh.... nikmat sungguh.. lena diulik mimpi... sehinggakan mesej pesanan terbaru dari Bos.. tidak aku sedar dan ambil peduli..
" esok bersiap awal.. kita akan bertolak ke penang.. pastikan sebelum bergerak, cek minyak hitam dan air engine"..

seawal pagi aku bangun.. selesaikan tuntutan wajib dan kemudian turun bersarapan.. Dalam berjalan.. melihat keunikan rekabentuk bangunan-bangunan kt sekeliling KL mase nak pi sarapan tuh... sempat gak mata nie jeling2 tengok mak nyah yang seawal pagi sudah bersiap sedia mencari pelanggan setia di Lorong Haji Taib.. "boleh tahan gak mak nyah2 nie".. hahaha... Subhanallah!!. "semoga Allah memberi hidayah kepada mereka untuk kembali.

Thursday, August 13, 2009

H1N1 : PM ENGGAN ADAKAN SIDANG KHAS PARLIMEN


KUALA LUMPUR, 14 Ogos :Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar kesal dengan sikap Perdana Menteri yang tidak memberi sebarang respons terhadap cadangan beliau agar diadakan sidang parlimen khas bagi membincangkan penularan wabak H1N1 yang semakin serius di Malaysia.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, sidang parlimen khas itu sangat penting bagi membolehkan satu kertas putih dibentangkan berhubung permasalahan yang melanda.

"Dengan adanya sidang khas ini, tenaga semua pihak termasuk ahli parlimen Pakatan Rakyat boleh digemblengkan dalam usaha menangani penularan wabak ini,� ujar beliau kepada Harakahdaily.

H1N1 kini menjadi penyakit pembunuh apabila lima ke tujuh orang mati sehari akibat darinya. Angka ini terlalu besar berbanding dengan jumlah pesakit yang mengidapnya sekarang dan antara yang tinggi di kalangan negara-negara Asian Tenggara. Sehingga semalam, 51 kematian telah direkodkan.

Mahfuz mencadangkan agar satu jawatankuasa bersama ditubuhkan di peringkat negara melibatkan semua pihak termasuk kerajaan, ahli politik dan badan-badan NGO dan diletakkan di bawah jawatankuasa keselamatan negara.

"Namun sehingga sekarang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak memberi sebarang respon sedangkan keadaan semakin meruncing.

"51 kematian akibat wabak H1N1 setakat ini meletakkan negara kita di tempat yang ke-9 di dunia. Apa lagi yang harus ditunggu?"katanya.

Beliau juga mencadangkan agar Najib melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri jika tidak tahu apa yang harus diutamakan dalam merealisasikan slogan 1Malaysia Rakyat iaitu 'rakyat didahulu, pencapaian diutamakan.'

"Saya cadang Najib elok letak jawatan jika masih tak tahu apa nak buat," tegasnya.

Sementara itu, beliau bepesan kepada rakyat agar memperbanyakkan solat hajat agar dihindari dari wabak ini di samping bergantung kepada perubatan moden.

Selain itu, orang ramai juga disarankan agar tidak berkunjung ke luar negara jika tiada urusan penting.

"Kita perlu sama-sama tingkatkan solat hajat. Dan saya harap kepada sesiapa yang tiada kepentingan agar menangguhkan hasrat untuk ke luar negara,"katanya.- azm

Wednesday, July 29, 2009

Mohon Fatwa Segera Tentang ISA!!


PETALING JAYA: Mantan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini menggesa agar Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa mengenai ISA.
Ini adalah kerana, menurut beliau, isu ini telah berulang kali diminta oleh Umat Islam agar dilihat di sudut agama.


"Namun fatwa itu hendaklah adil, bebas dari keterikatan dengan mana-mana pihak, dibahaskan secara saksama dengan kehadiran pakar perundangan, pihak berkuasa dan mangsa.
"Juga ahli-ahli politik yang bersetuju dan yang membantah perlu dijemput memberikan pandangan," kata Dr Asri melalui sebuah kiriman emel dari Lampeter, United Kingdom.
Katanya lagi, penilaian adil perlu untuk panduan kerajaan.


"Malanglah jika isu-isu pinggiran dibincangkan sedangkan isu-isu besar yang membabitkan kepentingan umat ditinggalkan. Majlis Fatwa Kebangsaan menggunakan wang awam, maka pastikan faedahnya balik kepada awam secara jelas. Mesyuarat yang biasanya berlangsung di hotel-hotel yang hebat itu perlu mengeluarkan pandangan-pandangan yang hebat untuk kemaslahatan umum," kata tokoh agama yang sering melontarkan pandangannya tentang isu agama dan semasa.Jelasnya lagi, hari ini rakyat memberi berbagai pendapat tentang ISA.

Dua kumpulan iaitu Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) iaitu (anti-ISA) dan Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) - (Pro-ISA), masing-masing bercadang mengadakan perhimpunan menyokong dan membantah ISA pada hari Sabtu ini, 1 Ogos di ibu negara.
GMI bercadang untuk mengadakan perhimpunan membantah ISA pada 1 Ogos ini dan pada masa yang sama, Magaran yang dianggotai Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Perkasa dan beberapa badan-badan gabungannya turut bercadang untuk mengadakan perhimpunan menyokong akta itu. Jika kedua kumpulan inimeneruskan hasrat mereka, masing-masing menyasarkan penyertaan 100,000 orang pada perhimpunan yang dijadualkan berlangsung di Masjid Jamek, Kompleks Sogo dan Masjid Negara sebelum berarak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi meminta campur tangan baginda mendesak kerajaan memansuhkan ISA.


Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman menyifatkan kedua-dua perhimpunan itu yang masing-masing membantah dan menyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai perhimpunan haram kerana pihak polis tidak mengeluarkan sebarang permit untuk tujuan itu atas sebab keselamatan dan ketenteraman awam.


Melihat perkembangan yang tidak sihat ini, Dr Asri terpanggil untuk memberi pandangan beliau tentang isu ISA ini lagi, "Berikan pandangan para mufti pula. Masakan mungkin mereka tidak peka, sedangkan semua rakyat berbicara. Saya secara peribadi semasa menjadi mufti telah mengeluarkan pandangan dalam bulan Ramadhan lepas di Perlis, Kelantan, Kuala Lumpur dan berbagai tempat."Media tempatan telah berulang kali menyiarkannya. Kali ini kita menuntut pandangan rasmi agensi agama kerajaan pusat pula," kata Dr Asri yang dijangka kembali ke tanah air tidak lama lagi setelah setahun membuat pengajian mendalam tentang hadith di UK.

Saturday, July 25, 2009

Yasmin Ahmad Meninggal Dunia



Al-Fatihah... pagi tadi kita dikejutkan dengan kehilangan seorang pengarah filem tanahair yang terkenal, yang banyak melahirkan filem-filem menarik yang penuh kontrovesi..

Ikuti berita penuh di bawah :


Pengarah filem dan iklan yang terkenal Yasmin Ahmad, 51, telah meninggal dunia setelah dilaporkan tenat awal malam ini.Pemergian Yasmin, seorang pengarah yang mengangkat perfileman negara mutakhir ini bersama kontroversinya sendiri, diumumkan dalam berita tengah malam TV3 sebentar tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira 11.25 malam ini di Hospital Pakar Damansara, lapor Bernama, yang memetik pengesahan daripada ketua pegawai operasi Media Prima, Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan yang berada di situ.Khamis lalu, Yasmin dikejarkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital swasta itu setelah diserang angin ahmar kira-kira jam 4.30 petang di stesen TV3.

Beliau waktu itu berada di Sri Pentas untuk berjumpa dengan Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dan suaminya Datuk Khalid Jiwa apabila beliau dilaporkan menghadapi kesukaran bernafas dan pengsan.Siti Nurhaliza, duta Persatuan Bulan Sabit Malaysia, dilaporkan turut memberikan bantuan penafasan (CPR) kepada Yasmin bersama dengan seorang doktor panel stesen tersebut.

Di hospital pakar itu, para doktor dilaporkan berjaya menstabilkan beliau sebelum membuat pembedahan otak kira-kira jam 6 petang hari yang sama.Filem-filemnya Sepet, Gubra dan Mukhsin cukup terkenal, termasuk di di luar negara dan menggondol beberapa anugerah di beberapa festivel filem antarabangsa seperti di Berlin, San Francisco, Singapura dan Cannes.


(Malaysiakini).

Friday, July 24, 2009

Kampus UiTM Shah Alam DiTuTuP SeMentara!


Baru beberapa hari, media massa dan eloktronik telah melaporkan tentang penutupan Uitm Melaka, Uitm Dungun, dan Uitm Permatang Pauh ditutup baut sementara waktu, hari ini Uitm Shah Alam pula telah di umumkan sebagai universiti seterusnya yang terpaksa di tutup buat sementara waktu akibat serangan virus H1N1 yang semakin menular sejak kebelakangan ini. Penularan wabak selsema babi ini sudah berlarutan beberapa bulan yang lalu, dan kebanyakkan pesakit yang mengalaminya adalah mereka-mereka yang baru pulang dari melancong.


Justeru itu, saya berharap agar pihak berwajib khususnya Kementerian Kesihatan segera mengambil tindakan yang drastik agar penularan wabak H1N1 ini tidak menjadi lebih serius.

Kepada rakan-rakan yang berada di Uitm Shah Alam, bersegeralah untuk pulang.. dan pastikan.. kepulangan itu tidak membawa bersama virus tersebut!! haha.
"Back To Quran"
Allahuakhbar!