Thursday, August 13, 2009

H1N1 : PM ENGGAN ADAKAN SIDANG KHAS PARLIMEN


KUALA LUMPUR, 14 Ogos :Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar kesal dengan sikap Perdana Menteri yang tidak memberi sebarang respons terhadap cadangan beliau agar diadakan sidang parlimen khas bagi membincangkan penularan wabak H1N1 yang semakin serius di Malaysia.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, sidang parlimen khas itu sangat penting bagi membolehkan satu kertas putih dibentangkan berhubung permasalahan yang melanda.

"Dengan adanya sidang khas ini, tenaga semua pihak termasuk ahli parlimen Pakatan Rakyat boleh digemblengkan dalam usaha menangani penularan wabak ini,� ujar beliau kepada Harakahdaily.

H1N1 kini menjadi penyakit pembunuh apabila lima ke tujuh orang mati sehari akibat darinya. Angka ini terlalu besar berbanding dengan jumlah pesakit yang mengidapnya sekarang dan antara yang tinggi di kalangan negara-negara Asian Tenggara. Sehingga semalam, 51 kematian telah direkodkan.

Mahfuz mencadangkan agar satu jawatankuasa bersama ditubuhkan di peringkat negara melibatkan semua pihak termasuk kerajaan, ahli politik dan badan-badan NGO dan diletakkan di bawah jawatankuasa keselamatan negara.

"Namun sehingga sekarang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak memberi sebarang respon sedangkan keadaan semakin meruncing.

"51 kematian akibat wabak H1N1 setakat ini meletakkan negara kita di tempat yang ke-9 di dunia. Apa lagi yang harus ditunggu?"katanya.

Beliau juga mencadangkan agar Najib melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri jika tidak tahu apa yang harus diutamakan dalam merealisasikan slogan 1Malaysia Rakyat iaitu 'rakyat didahulu, pencapaian diutamakan.'

"Saya cadang Najib elok letak jawatan jika masih tak tahu apa nak buat," tegasnya.

Sementara itu, beliau bepesan kepada rakyat agar memperbanyakkan solat hajat agar dihindari dari wabak ini di samping bergantung kepada perubatan moden.

Selain itu, orang ramai juga disarankan agar tidak berkunjung ke luar negara jika tiada urusan penting.

"Kita perlu sama-sama tingkatkan solat hajat. Dan saya harap kepada sesiapa yang tiada kepentingan agar menangguhkan hasrat untuk ke luar negara,"katanya.- azm

Wednesday, July 29, 2009

Mohon Fatwa Segera Tentang ISA!!


PETALING JAYA: Mantan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini menggesa agar Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa mengenai ISA.
Ini adalah kerana, menurut beliau, isu ini telah berulang kali diminta oleh Umat Islam agar dilihat di sudut agama.


"Namun fatwa itu hendaklah adil, bebas dari keterikatan dengan mana-mana pihak, dibahaskan secara saksama dengan kehadiran pakar perundangan, pihak berkuasa dan mangsa.
"Juga ahli-ahli politik yang bersetuju dan yang membantah perlu dijemput memberikan pandangan," kata Dr Asri melalui sebuah kiriman emel dari Lampeter, United Kingdom.
Katanya lagi, penilaian adil perlu untuk panduan kerajaan.


"Malanglah jika isu-isu pinggiran dibincangkan sedangkan isu-isu besar yang membabitkan kepentingan umat ditinggalkan. Majlis Fatwa Kebangsaan menggunakan wang awam, maka pastikan faedahnya balik kepada awam secara jelas. Mesyuarat yang biasanya berlangsung di hotel-hotel yang hebat itu perlu mengeluarkan pandangan-pandangan yang hebat untuk kemaslahatan umum," kata tokoh agama yang sering melontarkan pandangannya tentang isu agama dan semasa.Jelasnya lagi, hari ini rakyat memberi berbagai pendapat tentang ISA.

Dua kumpulan iaitu Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) iaitu (anti-ISA) dan Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) - (Pro-ISA), masing-masing bercadang mengadakan perhimpunan menyokong dan membantah ISA pada hari Sabtu ini, 1 Ogos di ibu negara.
GMI bercadang untuk mengadakan perhimpunan membantah ISA pada 1 Ogos ini dan pada masa yang sama, Magaran yang dianggotai Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Perkasa dan beberapa badan-badan gabungannya turut bercadang untuk mengadakan perhimpunan menyokong akta itu. Jika kedua kumpulan inimeneruskan hasrat mereka, masing-masing menyasarkan penyertaan 100,000 orang pada perhimpunan yang dijadualkan berlangsung di Masjid Jamek, Kompleks Sogo dan Masjid Negara sebelum berarak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi meminta campur tangan baginda mendesak kerajaan memansuhkan ISA.


Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman menyifatkan kedua-dua perhimpunan itu yang masing-masing membantah dan menyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai perhimpunan haram kerana pihak polis tidak mengeluarkan sebarang permit untuk tujuan itu atas sebab keselamatan dan ketenteraman awam.


Melihat perkembangan yang tidak sihat ini, Dr Asri terpanggil untuk memberi pandangan beliau tentang isu ISA ini lagi, "Berikan pandangan para mufti pula. Masakan mungkin mereka tidak peka, sedangkan semua rakyat berbicara. Saya secara peribadi semasa menjadi mufti telah mengeluarkan pandangan dalam bulan Ramadhan lepas di Perlis, Kelantan, Kuala Lumpur dan berbagai tempat."Media tempatan telah berulang kali menyiarkannya. Kali ini kita menuntut pandangan rasmi agensi agama kerajaan pusat pula," kata Dr Asri yang dijangka kembali ke tanah air tidak lama lagi setelah setahun membuat pengajian mendalam tentang hadith di UK.

Saturday, July 25, 2009

Yasmin Ahmad Meninggal Dunia



Al-Fatihah... pagi tadi kita dikejutkan dengan kehilangan seorang pengarah filem tanahair yang terkenal, yang banyak melahirkan filem-filem menarik yang penuh kontrovesi..

Ikuti berita penuh di bawah :


Pengarah filem dan iklan yang terkenal Yasmin Ahmad, 51, telah meninggal dunia setelah dilaporkan tenat awal malam ini.Pemergian Yasmin, seorang pengarah yang mengangkat perfileman negara mutakhir ini bersama kontroversinya sendiri, diumumkan dalam berita tengah malam TV3 sebentar tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira 11.25 malam ini di Hospital Pakar Damansara, lapor Bernama, yang memetik pengesahan daripada ketua pegawai operasi Media Prima, Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan yang berada di situ.Khamis lalu, Yasmin dikejarkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital swasta itu setelah diserang angin ahmar kira-kira jam 4.30 petang di stesen TV3.

Beliau waktu itu berada di Sri Pentas untuk berjumpa dengan Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dan suaminya Datuk Khalid Jiwa apabila beliau dilaporkan menghadapi kesukaran bernafas dan pengsan.Siti Nurhaliza, duta Persatuan Bulan Sabit Malaysia, dilaporkan turut memberikan bantuan penafasan (CPR) kepada Yasmin bersama dengan seorang doktor panel stesen tersebut.

Di hospital pakar itu, para doktor dilaporkan berjaya menstabilkan beliau sebelum membuat pembedahan otak kira-kira jam 6 petang hari yang sama.Filem-filemnya Sepet, Gubra dan Mukhsin cukup terkenal, termasuk di di luar negara dan menggondol beberapa anugerah di beberapa festivel filem antarabangsa seperti di Berlin, San Francisco, Singapura dan Cannes.


(Malaysiakini).

Friday, July 24, 2009

Kampus UiTM Shah Alam DiTuTuP SeMentara!


Baru beberapa hari, media massa dan eloktronik telah melaporkan tentang penutupan Uitm Melaka, Uitm Dungun, dan Uitm Permatang Pauh ditutup baut sementara waktu, hari ini Uitm Shah Alam pula telah di umumkan sebagai universiti seterusnya yang terpaksa di tutup buat sementara waktu akibat serangan virus H1N1 yang semakin menular sejak kebelakangan ini. Penularan wabak selsema babi ini sudah berlarutan beberapa bulan yang lalu, dan kebanyakkan pesakit yang mengalaminya adalah mereka-mereka yang baru pulang dari melancong.


Justeru itu, saya berharap agar pihak berwajib khususnya Kementerian Kesihatan segera mengambil tindakan yang drastik agar penularan wabak H1N1 ini tidak menjadi lebih serius.

Kepada rakan-rakan yang berada di Uitm Shah Alam, bersegeralah untuk pulang.. dan pastikan.. kepulangan itu tidak membawa bersama virus tersebut!! haha.
"Back To Quran"
Allahuakhbar!


Tuesday, May 26, 2009

LaporaN KeM KepiMpinaN & MotiVasi


Jutaan terima kasih daripada kami barisan urusetia dan fesilitator Akademi Ar-rasyidin kepada Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Polisas dan barisan Pensyarah pengiring kerana telah memberi kepercayaan kepada kami untuk menguruskan Kem Kepimpinan Dan Motivasi Pelajar untuk pelajar-pelajar jabatan kejuruteraan mekanikal baru-baru ini.

Barisan penganjur ; (dari kiri) asyraf,hafizul,penulis dan nasrul.

Kem ini telah berlangsung selama tiga (3) hari bermula 6 mei sehingga 8 mei 2009.. Bertempat di Amansari Bearch Resort, Pantai Sepat, Kuantan.. Melibatkan pelajar-pelajar semester satu (1) dan dua (2) Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Polisas..

Alhamdulillah... segala yang dirancang dapat berjalan dengan baik.. Segala persiapan dapat disediakan dengan baik dan penginapan yang kami terima cukup selesa sehinggakan ada yang meloncat-loncat di atas tilam chelet tersebut... ops.... kantoi..... hahaha...

salah satu slot ceramah bertajuk "Saya perlu hidup untuk Islam"

Antara modul menarik yang diserapkan dalam kem ini adalah berkonsepkan Latihan Berkepimpinan, Latihan bekerja dalam kumpulan dan pengurusan berorganisasi dalam kampus. Selain itu, modul berbentuk kerohanian juga telah dijalankan dengan diadakan ceramah-ceramah Agama yang disampaikan oleh penceramah jemputan dari pihak Akademi Ar-Rasyidin.


sesi taklimat oleh fesi sebelum aktiviti dijalankan

Program ini disempurnakan dengan acara penutup yang cukup meriah dan telah dirasmikan oleh Mr Wong Foot tai (KJ Kej Mekanikal) serta diiringi oleh beberapa orang ketua kursus dari jabatan tersebut.. Semua peserta yang menghadiri kem ini telah menerima sijil penyertaan dan hadiah berbentuk hamper turut diberikan kepada kumpulan-kumpulan terbaik keseluruhan.



Bergambar kenangan dengan barisan peserta lelaki.

Akhirnya.. Terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat dan tahniah buat semua peserta... Semoga bersua lagi.. dan teruskan berusaha semoga mendapat keputusan yang cemerlang dalam pembelajaran... huhu...

"Bersiap Menuju Kemenangan"

Allahuakhbar!

Sunday, May 24, 2009

PrograM Cuti SekolaH

Assalamuailaikum.... Pertamanya saya mengucapkan selamat bercuti kepada seluruh sahabat-sahabat yang sedang bercuti semester dan tahniah kepada sahabat-sahabat yang baru sahaja tamat pengajian... semoga kalian gembira disamping keluarga tercinta.. Tidak lama lagi, cuti sekolah pula akan menjelma.. Hurm.. Tentu sekali,setiap keluarga akan memanfaatkan sebaik-baiknya percutian ini untuk mengembirakan hati anak-anak dirumah..

Dikala musim cuti tiba, saya yakin.. tentu sekali kalian sudah pun merancang untuk melakukan pelbagai aktiviti... ada yang akan pergi bercuti keluar negara, ada yang akan balik kampung dan ada yang akan pergi berkelah serta melakukan bermacam-macam lagi bentuk aktiviti percutian...

Tapi bagi mereka yang tidak tahu untuk berbuat apa-apa atau sedang berfikir untuk beraktiviti....... JoM Bersama Kami di Akademi Ar-Rasyidin!!!

Dimusim cuti ini.. Pihak kami ada menyediakan pelbagai program-program menarik berbentuk ilmiah dan sesuai disertai oleh pelbagai peringkat usia terutama remaja sekolah.. Antaranya ialah: kursus toharah & Amali Solat, Kurusu Imam Muda, Kursus Pengurusan Organisasi dan Seminar Motivasi...

1. Kursus Toharah & Amali Solat (2 Jun 2009)


Kursus ini adalah untuk remaja lelaki & perempuan 15 tahun dan keatas sahaja.

Dalam kursus ini, pelajar-pelajar akan didedahkan dengan peri pentingnya menjaga kebersihan dan menjaga solat serta mempelajari kaedah-kaedah kesempurnaan solat mengikut sifat solat Rasulullah.




2. Kursus Imam Muda (4 Jun 2009 )

Kursus ini disediakan untuk remaja lelaki 12 tahun dan keatas sahaja.
Peserta akan didedahkan dengan kaedah-kaedah untuk menjadi seorang imam yang tertib disamping mendidik peserta kearah menjadi pemimpin dalam bermasyarakat dan memupuk budaya mencintai ilmu dikalangan anak-anak muda hari ini.



3. Kursus Pengurusan Organisasi (10 Jun 2009 )

Terbuka Kepada Pelajar-pelajar Sekolah Dan IPT.

Peserta akan didedahkan dengan tatacara pengurusan dalam berorganisasi, tatacara penyediaan kertas kerja dan surat menyurat disamping dapat mempelajari kaedah bagi memupuk budaya kerjasama dalam berkumpulan.



4. Seminar Motivasi (13 Jun 2009 )


Terbuka kepada semua Pelajar-pelajar sekolah.

Peserta akan dapat mengikuti modul-modul motivasi yang menarik disamping dapat menyedari akan kepentingan menuntut ilmu dan mengaplikasikan ilmu dalam kehidupan seharian.
Seminar ini juga sesuai untuk pelajar-pelajar yang bermasalah dalam belajar dan bermasalah dalam mengikut kata ibubapa dan guru.. =)

Kepada mereka yang bercuti..... Sertailah kami!!


Setiap Aktiviti diatas bermula pada jam 08.00 pagi sehingga jam 5.00 petang..
Setiap penyertaan bagi setiap satu aktiviti hanya perlu membayar RM25 ringgit sahaja.
Makan tengahari disediakan...
Sijil akan diberikan untuk setiap penyertaan...


Huhu... Menarik dan Jangan tunggu lagi...

Hubungi kami di alamat :
Akademi Ar Rasyidin Ent.
B 632, Tkt 1, Taman Bandar Emas,Jln Beserah,25300 Kuantan Pahang
(Sebelah Tunas Manja Beserah)
Asyraf - 019-9978427
farid - 0199245739

Tarikh tutup Penyertaan adalah pada 29/05/2009.. Sebarkan!!

"Bersiap Menuju Kemenangan"
Allahuakhbar!!

Friday, May 1, 2009

Alhamdulillah.. KonVo selesai!


Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah.. Panjatkan rasa syukur pada Allah..
Walaupun minggu lepas diuji dengan kemalangan kecil, namun dapat juga saya letakkan diri dalam Malis Konvokesyen Polisas kali ke-30 disamping dapat bersua semula dengan sahabat-sahabat yang cukup dirindui...

Pertamanya Jutaan Kalungan Tahniah Buat semua sahabat sekalian yang telahpun bergelar graduat dan semoga sahabat-sahabat semua dapat meneruskan misi menadah ilmu keperingkat yang lebih tinggi bukan sekadar berbangga dengan apa yang telah dikecapi sekarang.

Keduanya, terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sudi hadir bagi menjengguk kami di malis konvokesyen kali ini, moga-moga Allah merahmati kalian semua. Sedikit rasa terkilan buat sahabat-sahabat yang cukup saya nantikan kehadiran mereka tetapi akhirnya mereka datang tanpa perkhabaran dan pulang tanpa perkhabaran..

Untuk pengetahuan, Majlis Konvokesyen ke-30 ini telah berlangsung selama 3 hari bermula 28/29 dan 30 April serta dilangsungkan di Dewan Kampus A Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan.. Huhu.. walaupun ada ura-ura yang mengatakan konvo di Putrajaya, tapi jawapan kepada ura-ura tersebut telah terjawab..



Terima Kasih kepada Ma & Abah yang selama ini menjadi pendorong, penegur, penasihat, penyumbang dan sebagainya sehinggakan akhirnya aku berjaya menamatkan pengajian di Peringkat Diploma Kejuruteraan Awam di Polisas ini.. Insyaallah, jika ada rezki.. Aku akan sambung pengajianku di Peringkat Ijazah, Master dan phD.. Doakanku!!



Bergambar Kenangan bersama sahabat-sahabat kelas.. huhu.. Rasa macam sekejap sangat berjumpa kalian..



haha.. Inilah budak-budak kelas ku.. Tahniah Buat Korang semua... =)


Kepada yang beri saya bunga-bunga, CoKlaT & CaWan.... Terima Kasih banyak2.. Insyaallah, bunga nie akan dipelihara supaya tidak cepat layu dan cOklat itu akan dimakan supaya bersemadi didalam perut seterusnya menjadi isi kepada badan nie... hehehehe... =)



Buat Semua Sahabat.. Tahniah!! Semoga Berjumpa lagi dan teruskan perjuangan dalam menuntut ilmu... Bagi yang dah nak berumahtangga, hehe... jagan lupa jemput saya nanti.. Semoga kita semua ceria-ceria selalu!!

Allahuakbar!